Friday 26 December 2014

[HANGIT] BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR CUMA WAYANG PACAK?


Dalam kenyataan media terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk kerajaan Kelantan, RM100 ribu pula untuk kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Perak (baca kenyataan tersebut di sini). 

Persoalannya, mengapakah ada perbezaan jumlah antara negeri-negeri ini sedangkan mangsa banjir tersebut perlu dibantu secara adil dan sama rata, tanpa melibatkan kepentingan politik?


Malah lebih menghairkan lagi apabila Azmin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan ADUN Salur, Dato' Paduka Husam bagi penyaluran peruntukan tersebut ke negeri Kelantan dan bukannya melalui pejabat Menteri Besar Kelantan seperti kebiasaan penyaluran peruntukan kerajaan. 

Maka ini pastinya menimbulkan persoalan kedua pula, mengapa mesti melalui Husam Musa dan bukannya Dato' Hj Ahmad Yaakob sebagai MB? Apakah alasan Azmin menyalurkan melalui Husam Musa sebagai wakil kerajaan Kelantan, sedangkan Husam tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam pentadbiran negeri itu?

Persoalan-persoalan ini nyata membuktikan pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor masih gagal mengasingkan kepentingan rakyat dan politik apabila cuba menjadikan isu banjir sebagai bahan politik demi meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir di Pantai Timur pula dilaksanakan secara berat sebelah, bersifat kronisme dan hanya berkepentingan politik semata-mata.


Bayangkan seandainya kerajaan Persekutuan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersikap berat-sebelah dan menyalurkan bantuan hanya kepada mangsa banjir di negeri ditadbir parti itu, pasti isu ini akan dipolemikkan dan dijadikan modal politik sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malah dalam keadaan seperti ini, kerajaan negeri Selangor cuba berlagak seolah-olah 'adiwira' apabila kononnya mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jentera bagi melakukan tugas-tugas membersih selepas kawasan yang dilanda banjir dijangkakan surut sedangkan ketika kawasan Kajang dan Dengkil mengalami banjir, tiada pula arahan sama dikeluarkan kepada semua PBT di Selangor. 


Apakah kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'?

Namun biarlah rakyat sendiri menilai sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama ketika mereka menghadapi musibah terutama apabila mereka sendiri memberikan sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda rasa berbaloi?

1 comments:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete