Tuesday 13 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.1)

Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kaedah gestapo. Tuduh macam-macam - bersilat, sepak terajang akhirnya Khalid G menggelupur lucut dari jawatan penuh 'badi'.

Persoalannya, sejauh mana Azmin membawa pembaharuan kepada negeri terkaya di Semenanjung Malaysia ini?



Kitab Injil berbahasa Melayu

Azmin memperbaharui ikrar bagi menyokong gerakan Islam liberal dengan memulangkan kitab Injil berbahasa Melayu kepada yang berhak. Tapi terbongkar bilamana DYMM Sultan bertitah bahawa agenda memulangkan kitab tersebut telah lama diilhamkan oleh pihak istana.

Ini bermakna, sebelum Azmin menduduki kerusi menteri besar lagi ia sudah dirangka dan pemulangan kitab tersebut adalah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan larangan keras oleh Sultan agar insiden membawa masuk kitab bebahasa Melayu itu ke negeri Selangor tidak akan berulang lagi.

Azmin kelihatan bagus, tetapi ternyata tak bagus. Isu pemulangan kitab berbahasa Melayu itu membuatkan dirinya amat kelihatan "oportunist". Sangat "opportunist". Azmin dapat tepukan gemuruh kumpulan itu tetapi dalam diam Pas tercabar maruahnya.

Perjanjian Langat 2

Bagai nak rak Azmin dan sekutu menuduh Khalid G tidak menjaga suara akar umbi ahli parti komponen Pakatan bilamana duduk berbincang dengan kerajaan persekutuan dan akhirnya menandatangani persefahaman bersama bagi merealisasikan projek Langat 2 - suatu titik tolak kepada permasalahan asas iaitu bekalan air terawat.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sejarah 'keputusan bekalan air' hampir di seluruh daerah dalam negeri kononnya terkaya itu.

Sekali lagi ahli-ahli politik terutama Pakatan berpencak silat, kungtau dan wushu menuduh dengan berbagai tuduhan sama ada rasional atau cukup hanyir dengan bau politik, dengan cara menyalahkan kerajaan persekutuan kerana tidak membenarkan projek tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri.

Mereka lupa agaknya bahawa berkenaan isu air ia bukanlah perkara satu hala atau dua hala bahkan menjadi tiga hala dengan penglibatan Syabas sebagai pihak berkepentingan.

Apabila Khalid G jatuh terduduk dari takhta singahsananya, Azmin si perampas berpusing 360 darjah mengatakan bahawa perjanjian tersebut sah dan perlu diteruskan. Azmin tidak teragak-agak atau malu alah untuk menunjukan kebusukan politik yang dimainkannya.

Oleh kerana jawatan tetinggi yang disandangnya itu, maka tiadalah yang berani untuk menyungkit kebusukan tersebut melainkan Che'gu Bard. Siapalah Che'gu Bard... Hanya pencacai yang menyalak ibarat anjing menyalak bukit. Sedikit pun tidak menjadi kudis kepada Timbalan Presiden PKR itu. Che'gu Bard digantung keahliannya. Status sama dengan Adun Morib, Hasnul. BEBAS!

Azmin jelmaan 'Jokowi tak menjadi'

Azmin perlu sedar. Jokowi menang dalam PILRES 2013 bukanlah bermain politik murahan. Jokowi itu 'lambang perjuangan rakyat gelendangan'. Lambang rakyat marhaen Indonesia yang begitu lama dimonopoli oleh kumpulan tertentu. Keluarga tertentu.

Jokowi terkenal dengan jolokan 'blosokan' atau terjah, terutama di kawasan-kawasan kritikal. Jokowi mampu menjadi petani kerana dia sememangnya lahir dari kumpulan kelas bawahan - rakyat marhaen.

Jokowi seorang diri akan terpacul di hadapan kantor-kantor tertentu sewaktu beliau menjadi gabenor lagi. Jika pejabat beroperasi jam 9 pagi, Jokowi akan sampai ke pejabat itu jam 8.30 pagi. Jokowi senang untuk membuat 'spot-inspection'.

Beliau tidak mahu disambut dengan karpet merah. Jika beliau masuk bendang, beliau benar-benar masuk bendang seorang diri. Bukan masuk bendang seorang tapi dikelilingi oleh jurukamera, bodyguard atau VIP lain semata-mata mahu berlakon mesra rakyat. Jokowi bukan Azmin... Azmin ketinggalan 100 tiang di belakang Jokowi.

Lakonan Azmin membasuh pakaian seorang ibu tidak jauh bezanya lakonan Dr Rani Kapar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di hadapan sebuah sekolah baru-baru ini. Namun lakonan Azmin dipuji lebih baik dari lakonan Mat Sabu berendam separuh badan sedangkan krewnya selamba berdiri dalam air yang tidak lebih dari paras peha, di sebelah Mat Sabu.

Azmin sudah terbiasa dengan gaya elitis. Azmin membesar sebagai 'anak angkat' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri. Azmin matang politik kerana asuhan Anwar Ibrahim. Azmin tahu seni peperangan Umno dan Pakatan pada waktu yang sama. Hanya itu kelebihan Azmin.

Azmin jauh dari bayangan Jokowi!

Azmin mahu kes 'unfair dismissal' pekerja PKNS disemak semula

Masakan tidak, Azmin sendiri adalah orang yang pernah dilucutkan kontrak jawatannya di dalam ahli lembaga PKNS. Sudah tentu antara gimik politik yang boleh Azmin perolehi adalah dengan menjadi 'hero' kepada orang yang senasib dengan dirinya. Azmin perlu lebih dari menyemak status perlucutan jawatan pekerja-pekerja PKNS.

Azmin perlu lihat lebih 100 nasib pekerja Hotel Quality di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pastikan semakan 'tidak pilih bulu' antara PKNS dan Hotel Quality, Azmin punyai kuasa besar ke atas dua-dua badan atau syarikat tersebut. Azmin tidak boleh 'cuci tangan' dengan menyalahkan mantan menteri besar dalam kes tertentu, tetapi campurtangan dalam kes yang lain.

Azmin juga tidak boleh suruh siasat kenapa gantirugi besar diberi kepada Faekah tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menolong pihak yang lain. 'Keadilan' apakah yang dimainkan oleh Azmin? Keadilan terpilih? Azmin kata salah guna kuasa. Teruskan buat laporan kepada SPRM. Jangan buang masa main tuding-tuding jari. Dr Yunus Hairi sendiri akui ia diluluskan oleh semua exco terdahulu.



Azmin mahu 'kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan'

Bukan main manis lagi ayat keluar dari mulut Azmin. Perbelanjaan defisit kerajaan negeri bagi tahun 2015 ini adalah "self-explanatory" kegagalan Azmin merangka perbelanjaan berhemah amalan Khalid G.

Bahkan Azmin pernah melalui pakar strategi PKR, Rafizi Ramli, menuduh Khalid G sebagai kedekut tapi masih mahu membentangkan perbelanjan defisit sewaktu Khalid G menjadi menteri besar.

Fakta atau auta? Hingga Khalid G berang dituduh tidak berhemah kerana pernah membentangkan perbelanjaan defisit.

Melalui Faekah, Khalid G mengugut untuk menyaman Azmin. Silakan!

Mengetahui apalah sangat resab simpanan kononnya benilai RM3.2 bilion tidak mencukupi untuk tadbir urus negeri kononnya terkaya ini, Azmin tidak segan silu menawarkan kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan. 

Muslihat apa sebenarnya di sebalik tawaran Azmin? Perlu berhati-hati.

Cukuplah bekas ketua pembangkang, Adun BN Sg Burung Dato Shamsudin Lias terperangkap dengan menerima kereta rasmi baru.

Cukuplah Adun-Adun BN digula-gula dengan peruntukan RM200,000 setahun sedangkan penyelaras Pakatan di kawasan sama menerima peruntukan RM500,000. Gila apa?

Azmin bemain sifir lama peperangan Umno - gula-gulakan pihak kawan dan lawan dengan ringit kasyorga. Biar orangramai mabuk duit, tapi kuasa tetap di tangannya,

Hari ini, Dato Sri Noh Omar membuat satu sidang media mengatakan bahawa kerajaan pusat akan terus bantu kerajaan negeri Selangor. Untuk Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) sahaja sejumlah RM4.84 bilion dalam pelbagai bentuk dan projek telah disediakan untuk perlaksanaannya. 

Berbanding Belanjawan (defisit) Selangor 2015 yang memperuntukkan RM1.9 bilion, jumlah yang disediakan oleh kerajaan persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonom Persekutuan Negeri Selangor (MTEPN.S'gor) adalah dua kali ganda lebih besar.

Noh selaku pengerusi tahu jumlah itu bukanlah semata bagi bersaing dengan kerajaan negeri Pakatan di bawah Azmin, tetapi adalah jumlah yang dipulangkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor terutama rakyatnya yang ramai menyumbang kepada ekonomi negara sama ada melalui cukai indvidu mahu pun perniagaan dan pelaburan.

Noh harus bijak menggunakan dana tersebut bagi membantu rakyat negeri Selangor.

Sebab itu Azmin tergedik-gedik kononnya mahu menghulurkan tangan memberi kerjasama sedangkan beliau tahu inilah masanya untuk menyakau RM4.84 bilion di bawah amanah yang diserahkan kepada Noh Omar oleh kerajaan persekutuan a.k.a KERAJAAN BN.

Sama ada Azmin mahu pun Noh, kedua-duanya kini sedang bermain "Game of Thrones" menuju PRU14 dengan masing-masing punyai pegangan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat negeri Selangor, ayuh perhatikan "Game of Thrones" ini.


1 comments:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete