Friday, 23 November 2012
EKSKLUSIF: #IBUTUNGGALSTRIKESBACK - @KHALID_IBRAHIM KENA JAWAB DI MAHKAMAH
Subjek: Ibu-Ibu Tunggal Selangor
Lokasi: Pintu masuk utama Bangunan SUK Shah Alam
Tarikh: 23/11/2012 (sekarang)
Hampir 1,000 ibu-ibu tunggal Selangor berkumpul dan berdemonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan SUK Shah Alam menuntut janji-janji manifesto pakatan rakyat sewaktu pilihanraya 2008 dan seterusnya menjadi dasar kerajaan baru negeri Selangor yang diterajui oleh pakatan setelah memenangi pilihanraya tersebut.
Kelmarin, dilaporkan bahawa seramai 2020 ibu-ibu tunggal seluruh Selangor telah menemui peguam bagi membuat saman tuntutan ke atas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar.
Saman tersebut telah difailkan oleh Tetuan Kamaruddin & Partners, bagi pihak plaintif Murtini Kasman, 58, yang mewakili 2020 ibu-ibu tunggal tersebut.
Mereka bagaimana pun tidak dapat memasuki Bangunan SUK Shah Alam kerana pintu yang ditutup oleh pengawal keselamatan atas alasan sidang dewan undangan negeri (DUN) sedang berlangsung.
Beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) BN termasuk ketua pembangkang, Datuk Satim Diman kelihatan menemui para ibu-ibu tunggal tersebut.
Terdapat berbagai janji dalam manifesto pakatan rakyat sewaktu pilihanraya 2008 lalu antaranya pemberian elaun kepada ibu tunggal, elaun kepada murid pra-sekolah atau tadika, elaun kepada bakal mahasiswa dan lain-lain.
Antara janji-janji tersebut hanya pemberian air percuma yang dilaksanakan secara rasmi namun masih tidak menyeluruh dan menimbulkan kemarahan segelintir pihak yang tidak menerimanya.
0 comments:
Post a Comment