"Kita memang sudah kecewa dengan cara pelupusan sampah dibuat kerajaan negeri Selangor. Bertambah kecewa apabila Sijangkang di mana duduknya seorang exco kerajaan negeri gagal mengatasi kawasannya sendiri. Dimana wibawanya YB DUN Sijangkang? Kalau pengurusan ini pun gagal ditangani"
Begitulah luahan Zurihan Yusop melalui laman sosial rasmi facebook Pemuda Kuala Langat.
Beliau mengakui bahawa perkara tersebut memang menjadi buah mulut penduduk kampung Batu 8 Sijangkang. Perkara ini sudah lama dipendam namun pendedahan Utusan Malaysia baru-baru ini adalah tahap maksimum kesabaran penduduk yang mengadu hingga mendapat perhatian akhbar perdana tersebut.
Pusat pengumpulan sampah tersebut sudah beroperasi dari tahun 2009 dan lokasinya adalah dalam radius penempatan penduduk kampung dan ini sepatutnya tidak berlaku.
"Sewaktu ADUN lama dari BN, permohonan untuk mendapatkan lesen tidak diberikan kepada pengusaha tersebut memandangkan lokasinya yang terlalu hampir dengan penempatan penduduk"
"Kita tidak tahu apa istimewanya hubungan pengusaha dengan YB Yunus Hairi, ADUN Sijangkang hingga diberikan kebenaran mengusahakan perusahaan tersebut di tempat yang tidak wajar" katanya sewaktu ditemui dalam program penyerahan cermin mata percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PDD) Kuala Langat.
Terdahulu, beliau merasmikan program penyerahan cermin mata percuma tersebut kepada 110 anak murid dalam daerah Kuala Langat bertempat di Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu.
Cermin mata tersebut telah disumbangkan oleh syarikat 99 Eyes World yang beroperasi di Banting.
0 comments:
Post a Comment