Beberapa hari lalu Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah secara sembunyi-sembunyi mencabut banner Karnival Sayangi Selangor di sekitar pekan Banting. Entah apa alasannya, hanya banner promosi karnival tersebut dicabut sedangkan berbagai banner kepunyaan kepimpinan kerajaan pakatan gah berkibar. Inikah namanya kepimpinan yang adil dan terbuka? Pooodahh!
Siang tadi TMS dimaklumkan persatuan MAYC Kuala Langat, sebuah pertubuhan bukan politik telah dihalang dari menganjurkan program sambutan malam tahun baru di perkarangan AIM Point Plaza, Bandar Sungai Emas gara-gara penggunaan tajuk "1Malaysia".
Sedangkan pada waktu ini jorno TMS berada di D'Curve Damansara, Sunway Pyramid Subang, I-City Shah Alam dan lain-lain tempat bagi membuat liputan sambutan malam tahun baru.
Double-standard apakah yang dipakai oleh para ahli majlis MDKL yang dipenuhi puak-puak pakatan hingga sebulat suara menolak permohonan MAYC Kuala Langat?
Namun TMS difahamkan bahawa MAYC tetap meneruskan program mereka kerana himpunan mogok lapar serta KL112 anjuran juak pakatan tetap mereka teruskan samada menerima permit atau tidak, takkanlah program yang kemas terancang dan tidak menimbulkan apa-apa kesulitan kepada penduduk tempatan mahupun pengguna jalanraya tidak boleh dibuat?
Bodoh punya baghal MDKL kaki pengampu Ronnie Liu!!!
Foto 1-3: Pengerusi MAYC mengadap YDP MDKL namun tetap tidak diluluskan dan kawasan sekeliling AIM Point Plaza ditutup.
Foto 4-6: Sambutan penuh meriah di D'Curve Damansara yang dihadiri tidak kurang 10,000 pengunjung.
0 comments:
Post a Comment