Sewaktu saya menulis tinta ini hujan turun dengan lebat selebatnya. Selesai solat Jumaat maka saya mengambil keputusan untuk berfikir sejenak.
Adakah hujan yang turun sekitar Sg Besi ini adalah "implant seed" pada awan dan ianya adalah konspirasi kerajaan dalam usaha menggagalkan himpunan kebangkitan rakyat didalangi rejim pakatan?
Saya terus membelek iphone5 saya dan google laporan cuaca.
Ramalan cuaca telah membayangkan simptom monsoon pelik dikaitkan dengan ribut tropika "Sunomu" iaitu angin dibawa dari Laut China Selatan.
Mungkin ada rahmatnya kenapa Tuhan 'meniup' angin dan 'mencurahkan' air ke Semenanjung Malaysia tak terkecuali KL.
Jangan nanti 'act of God' ini juga dituding jari kesalahan oleh pihak tertentu kepada kerajaan Barisan Nasional.
0 comments:
Post a Comment