Thursday, 3 January 2013
PANAS [PAS IS DEAD] : HADI AWANG AKAN KE UDARA DI TV3 MINGGU DEPAN?
Bila?
Bila Hadi Awang akan beri tarikh kepada mana-mana stesyen TV yang dikatakan pro kerajaan seperti TV1, TV3 atau mana-mana stesyen TV yang lain bagi memberikan penjelasan mengenai banyak perkara.
Itu persoalan yang dinanti-nantikan jawapannya oleh para penyokong presiden PAS, Dato' Seri Bentara Haji Hadi Awang dan tak kurang juga muslim muslimat seluruh negara.
Beberapa hari lalu, TV3 terlebih dahulu membuka topik yang berpuluh tahun menjadi kontroversi iaitu "AMANAT HAJI HADI" dengan beberapa ahli panel termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Tan Sri Rahim Noor yang pernah difitnah meninggal dunia dan dikaitkan dengan balasan Tuhan atas penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 telah diberi peluang untuk menyampaikan buah fikirannya dan secara tak langsung dilihat sebagai satu "ice-breaking" kepada topik hangat berkaitan FITNAH.
Sementara itu, "amanat Haji Hadi" yang dikatakan penyebab utama kepada perpecahan umat Islam Malaysia juga perlu dijelaskan dan pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskannya tidak lain dan tidak bukan semestinya pembuat amanat itu sendiri iaitu Hadi Awang.
Hadi Awang sebelum ini meminta supaya diberi ruang untuk menjelaskan amanatnya dalam segmen mana-mana TV pro-kerajaan dan menteri berkaitan iaitu Datuk Seri Rais Yatim telah memberi indikasi "BOLEH!" dengan syarat ianya mengikuti terma dan syarat serta peraturan-peraturan yang ditetapkan sendiri oleh stesyen TV berkaitan terutamanya bentuk atau format siaran.
Segala-galanya kini adalah di tangan Hadi Awang sendiri untuk memberikan tarikhnya agar persiapan dapat diatur oleh stesyen TV berkaitan.
Bila tarikhnya Hadi Awang? Esok? Lusa? Atau minggu depan? Bila?
0 comments:
Post a Comment