Sunday, 3 March 2013
[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MENTERI PERTAHANAN KE 'GROUND ZERO' - #LAHADDATU
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri pertahanan Malaysia kini dikatakan sedang berada di Lahad Datu bagi melihat perkembangan situasi semasa pencerobohan tentera Sulu di sana.
Maklumat tidak rasmi yang diterima menyebut bahawa parameter kepungan anggota keselamatan ke atas tentera Sulu di Lahad Datu kembali meluas dan merebak ke kawasan sekitar dengan menamakan Kunak, Tawau, Sandakan dan Semporna sebagai kawasan berjaga-jaga.
Garisan siaga turut dilebarkan kepada kawasan perairan di samping darat sedia ada.
Buat masa ini kumpulan tempur mencari dan menyelamat (combat search & rescue) menggabungkan pasukan PDRM dan ATM seperti cawangan khas, VAT69 dan PGA serta PASKAL berada dalam garisan hadapan.
Sumber juga memaklumkan tentera pada bila-bila masa akan mengambil alih 'ops Sulu' melihat kepada situasi masa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment