Monday, 4 March 2013
[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : NURMISUARI MAHU PERDANA MENTERI BERLEMBUT? SUDAH TERLEWAT! - #LAHADDATU
Ketua pengganas yang menceroboh tanahair Malaysia di Lahad Datu, Nur Misuari, dilaporkan memohon kepada perdana menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak agar berlembut dengan anak buahnya yang masih berada di persekitaran Lahad Datu.
Nur Misuari dipetik sebagai berkata demikian dalam sebuah akhbar online Filipina sebentar tadi.
Namun kerajaan Malaysia komited mahu menamatkan pencerobohan haram oleh pengganas yang mengorbankan nyawa lapan anggota polis termasuk yang berpangkat pegawai sepanjang tempoh tiga hari.
Selain PDRM, anggota tentera Malaysia sudah dilaporkan mengambil alih operasi hadapan bagi mengusir keluar penceroboh tersebut.
Bahkan perdana menteri sendiri kelmarin memberi akujanji untuk menyiasat bagaimana insiden ini boleh berlaku termasuk laporan agensi risikan luar yang mengaitkannya dengan beberapa nama tokoh politik negara.
Sejurus selepas hari pertama insiden pencerobohan berlaku, seorang tokoh politik pembangkang telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatannya dalam krisis di Lahad Datu. Persoalannya bagaimana beliau boleh menafikan perkara yang belum dinyatakan oleh perdana menteri sendiri untuk dilakukan siasatan.
Apa pun, seluruh rakyat Malaysia diajak untuk bersatu-padu dalam krisis keselamatan negara dan mendoakan agar anggota keselamatan kita selamat sewaktu 'in the line of duty'.
Semoga Allah merahmati bumi Malaysia tercinta.
0 comments:
Post a Comment