Sunday, 3 March 2013
[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SENARAI NAMA PEJUANG NEGARA GUGUR DIKENAL PASTI - #LAHADDATU
Enam pejuang negara yang gugur sewaktu bertugas telah dikenal pasti.
Masuk hari ketiga 'ops Sulu' memasuki fasa 'engagement', enam lagi pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) gugur selain dua yang telah selamat dikebumikan semalam.
Mereka yang terkorban adalah :
1) Supt. Ibrahim Lebar (PDRM)
2) Asp. Micheal Padel (PDRM)
3) Sjn Baharin Hamit (PDRM)
4) Sjn Aziz (PGA)
5) L/Kpl Azrol (PGA)
6) Kpl Salam (PDRM)
Semua mangsa telah dihantar ke hospital Tawau sebelum dihantar pulang untuk disemadikan.
Sebelum ini dilaporkan sekumpulan penduduk tempatan telah berjaya menahan seorang dari ramai penceroboh yang mengganas dan memukulnya sehingga mati.
Dalam kejadian siang tadi, seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Abdul Hani Samaullah, 44, berkata seorang lelaki berbadan besar berpakaian serba hitam menembak rambang sebuah surau di kampung Sinallang Lama, Semporna sebelum ditahan dan dipukul oleh penduduk kampung.
Marilah rakyat Malaysia tidak kira di semenanjung, Sabah mahu pun Sarawak bersatu hati mempertahankan kedaulatan negara kita Malaysia, dari sebarang pencerobohan haram.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa dan sesungguhnya pengorbanan mereka adalah demi kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Malaysia.
Kepada Allah rakyat Malaysia berserah dan didoakan seluruh anggota yang bertugas selamat sewaktu mempertahankan kedaulatan negara.
Foto pertama adalah foto allahyarham Supt Ibrahim B. Lebar sewaktu hidup manakala foto kedua adalah foto isteri mangsa sewaktu dimaklumkan kejadian malang yang menimpa mangsa.
0 comments:
Post a Comment