Sunday, 7 April 2013
[PRU13] TAKTIK KOTOR MULA DILAKUKAN OLEH LAWAN DI SELANGOR - #PRU13 #SAYANGISELANGOR #UNDIBN #VOTE4BN
Blog Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok (PUcTD) melaporkan bahawa satu laporan polis telah dibuat atas kejadian sabotaj bilik gerakan pusat daerah mengundi atau PDM Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Jenjarom.
Beberapa bendera telah dibuang dan 'signage' atau 'signboard' nya telah dipecahkan.
Pintu bilik tersebut juga telah dipecahkan dan waktu ini belum ada kenyataan rasmi berapa atau apakah barang yang telah hilang.
Berita selanjutnya boleh dibaca di capaian sini.
Perkara ini bukan perkara yang baru. Sebelum ini beberapa laporan polis turut pernah dibuat apabila kain rentang atau 'banner' parti tersebut telah hilang sewaktu beberapa program besar hendak dijalankan.
'Banner' bagi memaklumkan kepada khalayak ramai itu sehingga kini tidak dijumpai dan pihak polis masih mengesan siapakah yang bertanggungjawab menanggalkan atau mencurinya.
Keadaan begini begitu kerap berlaku terutama menjelang pilihanraya umum yang dijangka berlangsung tidak lama lagi dan hanya menunggu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkannya pada 10 haribulan nanti.
Politik kotor dan tidak matang ini dikecam oleh umum kerana tidak bersifat 'gentleman' langsung.
0 comments:
Post a Comment