Monday, 17 June 2013

UNGKU SALLEH TAWAR 7 HARI, INIGOBLOGPOLITIK TAWAR 48 JAM

Ingatkan bila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, saudara Ungku Salleh bin Ungku Jamal selesai membuat laporan polis terhadap pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com atas tuduhan fitnah, maka tamatlah siri serangan ke atas beliau.

Sebaliknya, tidak sampai 24 jam dari laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, sekali lagi pengendali blog tersebut mengeluarkan kenyataan yang mencabar Ungku Salleh.

Dalam tulisannya, pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com menyebut antara lain....


"Sebaliknya Wak ingin membuat tawaran kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor itu untuk membatalkan laporan polisnya terdahulu dan memohon maaf secara terbuka kepada Wak, mewakili golongan pejuang maya UMNO kerana individu seperti Ungku Salleh inilah yang telah merosakkan nama baik politik dengan kisah-kisah palsu, kontroversi murahan, skandal seks dan kecurangan, serta cuba mengkambinghitamkan golongan yang menyatakan kebenaran"

Yang lebih dahsyat, pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com telah memberi tempoh masa 48 jam kepada Ungku Salleh berbanding tujuh hari bekerja yang ditawarkan oleh Ungku Salleh kepada pengendali blog tersebut untuk memohon maaf secara terbuka dan menurunkan artikel tersebut.


KLIK SINI

Namun, apa yang menarik dalam episod serangan blogger ke atas Ungku Salleh di atas adalah laporan dari Sinar Harian yang memetik antara lain kenyataan Ungku Salleh berbunyi....

"Pada masa sama, pemilik akaun Facebook Malaysia Talk turut memberi komen terhadap Ungku Salleh seolah-olah dakwaan itu benar dan tulisan yang dibuat kedua-dua individu ini disifatkan sebagai cubaan merendahkan reputasi dan kerjaya politiknya... Saya beri tempoh tujuh hari bekerja untuk mereka berdua tampil memohon maaf di media perdana dan sekiranya gagal berbuat demikian khidmat peguam akan digunakan bagi menegakkan kebenaran"

Tertanya-tanya juga bagaimana Ungku Salleh dapat membuat kesimpulan ada dua pihak yang membuat tuduhan fitnah ke atasnya? Takpelah, mungkin Ungku ada sumber maklumatnya tersendiri.


Juga menarik perhatian kami adalah kenyataan pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com yang menulis....


"Apa-apa pun, sebelum Wak akhiri penulisan Wak kali ini Wak ingin berpesan pada diri dan juga kepada Ungku Salleh sendiri; bahawa pangkat dan kekayaan perlu digunakan ke jalan kebenaran, bukan untuk menindas golongan kurang berkeupayaan dan tiada memiliki apa-apa... Malah pangkat dan wang ringgit juga tidak boleh membeli kebenaran kerana kebenaran adalah cahaya yang bergemerlapan membakar semua pendustaan dunia! Pangkat dan wang ringgit cumalah pinjaman Allah SWT dan pada bila-bila masa boleh hilang begitu sahaja"

Begitu juga dengan kenyataan Ungku Salleh yang dipetik dari Sinar Harian di atas antara lain berbunyi...


"Ini adalah fitnah yang sengaja dibuat individu tertentu yang berniat jahat cuba mencetuskan pecah belah dan perpaduan Umno-BN Selangor"

Mana satu ni? Siapa yang benar dan siapa pula yang salah? 

Baik kita tunggu tujuh hari dan 48 jam dari tempoh tawaran kedua-dua Ungku Salleh dan pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com tersebut tamat.


2 comments: