SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label 12.01.2012. Show all posts
Showing posts with label 12.01.2012. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

LAPORAN KHAS: JAHATNYA "MASTER GRAND PLAN" 12.01.2012 KL DEMI POLITIK ANWAR




1. Setelah diperhatikan beberapa ketika ini, pihak pembangkang gemar menggunakan bukan Melayu dalam membawa isu-isu tertentu menentang kerajaan.

2. Individu-individu seperti Namewee, Teoh Beng Hock, Gopinath Jayaratnam, S. Ambiga, Toh Kin Woon, Wong Tack,  M, Manoharan, R. Sivarasa, S. Gobikrishan,dan yang terbaru Deepak Jaikishan adalah contoh-contoh nama yang bukan Melayu yang digunakan pembangkang.

3. Mengapa ancaman kepada BN?

4. Salah-satu sebabnya adalah mereka dilihat membawa kaum mereka sendiri dalam menyertai mereka membawa isu tersebut.

5. Secara tidak langsung, individu di atas akan mempengaruhi keluarga mereka, sahabat-sabahat mereka yang terdiri daripada kaum mereka sendiri dan jaringan kenalan serta persahabatan mereka menular kepada kaum mereka.

6. Malah individu yang di atas pagar, ataupun tidak berminat dengan politik akan tertarik mempertahankan mereka ini atas alasan itu adalah kenalan mereka sendiri, sahabat kepada sahabat mereka sendiri ataupun lebih asas yang lebih ringkas adalah itu kaum mereka sendiri.

7. Ini akan seterusnya memecahkan kaum tersebut untuk lebih ramai menyokong gerakan pembangkang.

8. Sebab yang lebih utama dan penting adalah reaksi daripada penyokong kerajaan sendiri.

9. Ketika ini yang mendominasi penyokong kerajaan adalah dari golongan berbangsa Melayu. Malah media yang yang menyokong kerajaan juga dari kalangan orang yang berbangsa Melayu. Lebih khusus lagi, pengamal media baru yang mendominasi alam maya juga terdiri dari bangsa Melayu.

10. Reaksi daripada mereka ini kadang-kalanya terlebih emosional apabila sengaja diprovok oleh pihak pembangkang.

11. Lebih-lebih lagi apabila individu bukan Melayu ini menghina Sultan, Raja, Agama Islam, Kepentingan Bangsa Melayu dan sebagainya.

12. Kerana reaksi dari penyokong Kerajaan ini akan akhirnya menggunakan kata-kata ataupun ayat yang stereotipikal menghina bukan sahaja individu tersebut malah kaum individu itu sekali.

13. Sebagai contoh, semasa mula-mula Ambiga ke hadapan sebagai Pengerusi BERSIH, kaum India langsung tidak memberikan sokongan ke atas beliau. Kaum India sendiri tidak mengiktiraf beliau kerana tidak pernah menyumbang kepada kemajuan kaum India.

14.Tetapi menjadi kemarahan kaum India dan menyebabkan mereka sendiri menyokong Ambiga adalah bukan kerana BERSIH itu sendiri tetapi untuk menyokong kaum mereka kerana dalam membantah Ambiga, penyokong kerajaan yang berbangsa Melayu ini tidak sensitif dalam mengeluarkan kenyataan mereka.

15. Maaf kepada kaum India tetapi perlu untuk dinyatakan di dalam artikel ini.

16. Bersepah di facebook, twitter, malahan di blog membantah Ambiga dengan menggunakan perkataan seperti 'keling paria'. Banyak lagi perkataan yang digunakan untuk membantah Ambiga ini tetapi menggunakan 'ethnic slur'. Ataupun sindiran kaum.

17. Strategi ini disedari oleh pihak pembangkang dan mereka ingin lebih membawa individu bukan Melayu untuk menjadi 'issue carrier' ataupun pembawa isu kerana mereka tahu akan kelebihan mereka ke atas hal ini.

18. Perkara ini susah untuk dibendung kerana penggunaan bahasa Melayu mampu difahami oleh semua pihak. Bahasa Mandarin atau Tamil yang menghina Melayu pula sukar untuk dikesan kerana tidak difahami oleh kebanyakan pihak. Yang dapat dikesan pun adalah kemahiran individu-individu yang mampu berbahasa Mandarin ataupun Tamil.

19. Untuk menggagalkan usaha pembangkang ini, rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu harus berhati-hati mengeluarkan komen anda di laman maya.

20. Bloggers juga perlu lebih bertanggung jawab dalam menangani strategi yang dibawa oleh pembangkang ini.

21. Pembangkang memang licik dalam mempergunakan kelebihan yang ada di pihak mereka walaupun mereka tahu dalam jangka masa panjang, keharmonian dan kedamaian yang negara kita miliki ini mungkin terjejas.

22. Sahabat-sahabat yang dari kaum Cina dan India pula juga perlu sedar bahawa bukan semua orang Melayu yang teremosi lebih.

23. Dan diingatkan juga, pihak pembangkang sendiri dengan menggunakan identiti palsu di alam maya sengaja mengeluarkan ayat-ayat yang menghina kaum Cina dan India untuk mencetuskan api kemarahan.

24. Inilah sasaran mereka dan tidak sukar untuk mereka melaksanakannya. Cuma dari pihak yang menyokong kerajaan ataupun berada di atas pagar, jangan terlalu emosi di dalam meluahkan komen anda sehinggakan menggunakan ayat atau perkataan yang tidak sepatutnya.

25. Ingatlah, ini adalah permainan pembangkang dalam menimbulkan ketidakpercayaan terhadap sesama sendiri. Langkah pertama yang diperkenalkan oleh Yahudi di dalam buku protokol mereka (baca di sini) dalam usaha untuk melemahkan sesuatu negara supaya senang mereka jajah minda rakyat negara tersebut. 

26.Lebih-lebih lagi apabila mereka sedar bahawa sokongan daripada kaum India telah kembali menyokong BN. selagi mana mjoriti India menyokong Bn semakin ramailah 'ikon' daripada kaum India diperkenalkan.

27. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine