Tuesday, 15 May 2012

Surat BR1M Lambat Sampai Salah Siapa???


Kalau ikutkan semua surat-surat kelulusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia diposkan lebih atau seminggu awal sebelum tarikh penyerahan dibuat. Malangnya ada surat-surat kelulusan BR1M ini sampai selepas hari penyerahan dibuat malah hingga lebih dari 2 minggu kemudian.

Kenapa jadi macam tu? Pos Malaysia ada masalah ke dengan penghantaran surat-surat kelulusan BR1M ini? Adakah posmen buat kerja sambil lewa disebabkan bayaran pos sudah dijelaskan sampai awal atau lambat pos dah terima bayaran, macam tu???

Kalau dulu-dulu surat sampai paling lewat pun tak sampai seminggu. sejak caj pos naik, perkhidmatan pos nampaknya semakin kurang pantas dan kurang cekap.  Dan ada juga yang mengadu nampak posmen main campak-campak saja surat-surat BR1M tu. Adakah berkemungkinan sebab posmen yang bertugas ini bukan penyokong kerajaan dan berniat mensabotaj penghantaran surat-surat tersebut? siapa yang nak jawapkan ni?

Yang jenuh nak menjawab pihak yang menyediakan tempat pemberian BR1M ini, kerana nombor telefon pejabat memang sudah jadi popular disebabkan setiap kali pertanyaan dibuat, pihak LHDN akan memberikan nombor pejabat berkenaan. Tapi masalahnya pertanyaan dari luar kawasan parlimen berkenaan juga diberikan nombor telefon yang sama.

Macam mana nak semak kalau dari awal sudah diketahui nama mereka tiada dalam kawasan parlimen berkenaan? yang jadi mangsa kena marah ialah kerani pejabat tu. sudahlah surat lambat sampai, lepas tu pulak tempat nak kena ambil baucar terlalu jauh kalau sudah terlepas tarikh yang ditetapkan.

Kerja harian si kerani terganggu kerana terpaksa menjawab pertanya berkenaan baucar BR1M. kalau setakat jawab 2 atau 3 minit tak apalah jugak tapi kalau dah sampai setengah jam atau lebih sampai menyebabkan kerja harian pejabat terjejas, apa kes la pulak...! Kalau macam tu baik jadi operator BR1M saja tak payah buat kerja lain. kena marah dengan boss lagi. macam mana tu?

Sumber: BelimbinBintang

0 comments:

Post a Comment