Lepak bersama 'geng-geng' di Kuala Langat, ahli parlimen P.112 Kuala Langat yang terkenal hanya akan berurusan dengan para 'sponsor' terdiri dari 'towkey-towkey' Cina yang ramai darinya adalah atas urusan pasir dan tanah di kawasan perkampungan kaum Asli Bukit Kemandol atau Bukit Cheding ternyata lama sudah 'disepak' oleh warga tempatan.
Abdullah Sani atau 'nama mesra' nya Dolah Sani memang sukar dicari oleh penduduk Kuala Langat yang mahu mendapatkan pertolongan darinya.
Kalau sembang dengannya, pasti ramai yang akan ingat Dolah Sani kaki temberang kononnya telah dijanjikan 'position' Menteri Sumber Tenaga dalam kabinet bayangan pakatan. Entah betul atau tidak, itu urusan dia dengan mentornya Anwar Ibrahim.
Tapi, ramai juga warga industri di Kuala langat dan Sepang termakan dek sembang deras dia itu dan ada darinya yang telah diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing dek kerana terlalu suka buat demonstrasi di kilang-kilang yang banyak terdapat di zon perindustrian bebas Kuala Langat dan Sepang. Apa nasib pekerja yang diberhentikan itu? Dolah Sani langsung tak peduli.
Bulan lepas, TMS ada bercerita kisah bagaimana PKR Kuala Langat terpaksa mengemis demi 'survival' parti itu di Kuala Langat kerana tidak mendapat bantuan dari Dolah Sani selaku MP Kuala Langat dan akhirnya, David Cheong selaku Ketua PKR Cabang Kuala Langat telah meletakkan jawatannya (klik sini).
Siapa pun, hari ini Dolah Sani dah tak peduli kerana sibuk melayan 'isteri baru' nya yang dinikahi dan majlis berlangsung sama dengan majlis anaknya baru-baru ini.
Krisis rumahtangga Dolah Sani bukan perkara asing lagi dan pernah disiarkan dalam akhbar tempatan.
Pagi tadi, sekali lagi kisah rumahtangga ahli parlimen 'koboi' ini tercetus di media maya kerana laporan polis yang dibuat oleh isteri pertama beliau ke atasnya.
TMS yang mengenali Dolah Sani cukup taksub dengan mentornya, Anwar Ibrahim hanya boleh kata "like Anwar, like Dolah" sahaja di sini.
Dalam politik, ada TIGA PERKARA yang akan membinasakan....
KUASA
WANG
PEREMPUAN
Ketiga-tiga perkara tu cukup ada pada DOLAH SANI - lambang pemimpin dari kilang PKR !
0 comments:
Post a Comment