Monday, 25 June 2012

DUIT PUNYA PASAL LETAK JAWATAN KETUA BAHAGIAN... INILAH UMNO KUALA LANGAT

Eh, mana satu ni?


UMNO ke PKR?


Oooo.... PKR! 


Dan yang paling penting, mantan atau masih memangku jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Langat?


Saudara David Cheong yang menumpaskan ahli parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani dalam perebutan kerusi Ketua Cabang Kuala Langat tidak lama dulu pernah dilaporkan meletakkan jawatannya ekoran kekecewaan dengan Abdullah Sani seterusnya kepimpinan tertinggi PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli-ahli di cabang tersebut terutama berkaitan peruntukan kewangan.


Atas surat perletakan jawatannya, ia disusuli oleh perletakan jawatan oleh hampir seluruh jawatankuasa cabang dan ketua-ketua ranting dalam cabang tersebut justeru melumpuhkan keseluruhan operasi PKR di Kuala Langat.






Namun kelmarin, dimaklumkan oleh Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok (klik) bahawa David Cheong melalui agen-agennya telah mula melancarkan kutipan derma dari satu premis perniagaan ke premis yang lain. 


Modus operandinya tidak ubah seperti peminta sedekah dari satu meja ke meja makan yang lain biasa kita hadapi di restoran atau warung-warung makan terutama di sekitar pekan atau bandar. Dan "additional value" kepada kaedah ini adalah menyertakan resit ala-ala peminta sedekah yang menunjukkan kononnya surat kebenaran majlis agama Islam bagi membina madrasah-madrasah agama atau rumah-rumah kebajikan swasta yang terbukti adalah satu skim penipuan.


kenapa? tak percaya kaa? sila telefon nombor-nombor yang diberikan jika tak percaya!


Agaknya, inilah sebab utama mengapa Azmin Ali begitu marah dengan Khalid Ibrahim yang "kedekut" dengan dana GERAN SELANGORKU bernilai RM300 juta itu.


Ahli-ahli di bawah bagai nak rak berjuang demi pemimpin namun pemimpin kedekut untuk salurkan kepada parti dan ahli.


Tapi yang syoknya, NEGARA BERKEBAJIKAN tajaan pakatan ternyata satu PENIPUAN TERANCANG seperti juga skim penipuan mengutip derma dari meja ke meja makan di restoran atau warung oleh peminta sedekah disebut di atas.


Ternyata, RAKYAT RUPANYA YANG DIPAKSA BERKEBAJIKAN kepada parti-parti dalam pakatan seperti amalan yang berkurun lamanya dilakukan oleh PAS dan DAP.






p/s: sebelum pegang kuasa, minta derma berbagai konon mahu ke Putrajaya... baru  dapat negeri Selangor dah berebut dana hasil cukai rakyat pulak. Piiiiirah!
  

0 comments:

Post a Comment