Friday, 27 July 2012

#SAVESGOR : EXCO KERAJAAN SELANGOR KRONI BN?!

Berita mengenai YB Dr Ahmad Yunus Hairi, exco baru kerajaan negeri Selangor yang menggantikan Dato' Dr Hasan Ali, disaman oleh individu yang mengaku sebagai rakan-kongsi kepada perniagaan Pusat Dialisis Sijangkang yang dipunyai oleh Dr Yunus tersebut tidak berapa mendapat liputan hangat.


Namun, ianya ada disiarkan dalam satu laman portal tidak berapa lama dahulu (klik sini).


TMS tidak mahu membuat sebarang spekulasi mendahului mahkamah kerana ia akan menjadi 'subjudis' sebaliknya menantikan esok pagi (27/7/2012) sebagai tarikh penghakiman yang akan diputuskan oleh Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.


portal yang menerbitkan berita tentang saman Dr Yunus


Namun suka untuk TMS menarik butiran pernyataan tuntutan plaintif yang mengaku sebagai rakan-kongsi Dr Yunus terutama pada para (5), (6), (9) dan (10) yang terang lagi jelas menyebut bahawa Dr Yunus telah membuat kertas cadangan dan seterusnya memohon kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pinjaman untuk perniagaan dialisisnya.


MARA seterusnya telah melulus dan membiayai perniagaan Dr Yunus sebanyak RM150,000.00.






Adakah ini bermakna bahawa Dr Yunus merupakan kroni kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN)?


MARA merupakan satu badan yang selama ini membantu kaum Melayu terutama dalam soal pendidikan dan perniagaan sehingga dicemburui terutama oleh DAP dan menganggap bahawa agensi-agensi kerajaan seperti MARA bersifat rasis dalam membantu kaum Melayu.


Jika MARA boleh berlaku adil tanpa mementingkan soal politik dalam memberikan bantuan, cuba anda perhatikan peniaga-peniaga stesyen minyak Petronas dan bilang berapa ramai pengusaha yang diberi lesen berniaga Petronas terdiri dari para pentaksub PAS. Anda pasti akan terkejut dengan bilangannya.


Kini, mereka masih tidak sedar akan bantuan-bantuan yang begitu banyak diberikan oleh kerajaan tanpa mengira fahaman mahu pun ideologi politik sebaliknya melaungkan ayat "kronisme dan nepotisme" demi kepentingan politik sempit mereka. 



Mutakhir, Mirzan Mahathir anak kepada bekas perdana menteri Malaysia yang berusaha menaikkan jenama PETRON setelah pengambil-alihan saham Exxon-Mobil dan merupakan satu penjenamaan semula sesuai dengan kepentingan 100% anak tempatan menjadi mangsa kecaman politik sempit pembangkang dan dituduh sebagai ketidak-adilan bersifat 'kronisme-nepotisme'.


Perangai mereka tak ubah seperti "anjing yang menggigit setelah dilepaskan dari bebanan"


Jika bantuan diberikan kepada mereka, mereka akan diamkan sebaliknya melolong jika bantuan diberi kepada mereka yang terkait dengan BN.


Setelah beratus juta diberikan oleh kerajaan puast, menteri besar Kelantan masih menangguhkan
soal pengurusan air dari satu pilihanraya umum ke satu pilihanraya umum yang lain.




0 comments:

Post a Comment