Wednesday 29 August 2012

PAKATAN IS DEAD : JIHAD CARA @ANWARIBRAHIM YANG DISUKAI RAMAI?



Sambutan menggalakkan dari kalangan pelabur-pelabur lendir terhadap pusat-pusat maksiat di Shah Alam menutup harapan rakyat untuk melihat fenomena rumah urut berkubur di bumi Shah Alam.

Kini, Shah Alam merupakan salah satu destinasi utama bagi penggemar-penggemar rumah urut di Selangor selain Klang, Puchong, Subang, Pandan dan Petaling Jaya.

Tinjauan penulis dan rakan-rakan semalam mendapati rumah-rumah urut di Shah Alam sudah macam klinik 1Malaysia. 

Adakah rakyat sedar? Lokasi rumah-rumah urut yang tumbuh bagai cendawan ini terletak di kawasan yang diwakili wakil rakyat dari Pakatan Haram? 

Mungkin rakyat tidak heran jika rumah urut itu melambak-lambak dan beroperasi tanpa had di kawasan yang diwakili oleh pemimpin Pakatan Haram dari DAP. Ini kerana kegiatan maksiat merupakan senjata mereka untuk menjahanamkan orang Melayu yang masih tidak sedar diri.

Tapi yang menjadi kepelikan penulis ialah bagaimana rumah urut yang melambak-lambak itu boleh wujud di kawasan diwakili pemimpin Pakatan Haram dari PAS? Seperti di Pandan yang diwakili oleh YB Iskandar Samad dan Shah Alam, si Khalid Samad!

Apa sudah jadi? Pemimpin PAS canang sana-sini menentang kemungkaran dan memburukkan pemerintah kononnya tidak telus, korup dan sebagainya, takan tidak mampu membendung rumah urut yang melambak-lambak itu??? Terutama di Shah Alam!!!

Adakah rumah urut merupakan keperluan kepada ciri-ciri negara Islam ala-ala PAS? Jika fenomena rumah urut pun mereka tidak mampu buat apa-apa. Hentikan bicara tentang hukum hudud! Takut-takut Khalid Samad nanti yang kena sebab bontot....

sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment