Subjek: Sidang media pembongkaran skandal penipuan pemimpin DAP
Tempat: Ruang utama Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), SUK Shah Alam
Tarikh: 23/11/2012 (jam 10.30 pagi)
Satu sidang tergempar media telah diadakan di tingkat bawah (ground floor) bangunan SAAS, SUK Shah Alam pagi tadi oleh Tan Tuan Tat dan Vellusamy Rasa, bekas ketua bahagian DAP Sepang/Sungai Pelek.
Sidang bertajuk "DAP EXPERTS IN SCANDALS COVER-UP" telah membongkarkan nama-nama "tangan ghaib" yang menyusun atur kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar.
Antara nama yang didedahkan dalam sidang ini adalah YB Teresa Kok (ADUN Kinrara), YB Ronnie Liu (ADUN Pandamaran) dan beberapa nama lagi.
Mengambil beberapa contoh penutupan skandal dalaman kerajaan negeri Selangor, Tan menyatakan bahawa Teresa Kok adalah "tangan utama" yang mengarahkan segala bentuk aduan mahu pun penyelewengan terutama yang melibatkan pemimpin DAP ditutup dan tidak diperpanjangkan.
Antara skandal yang ditutup oleh Teresa Kok adalah apabila menteri besar, Khalid Ibrahim sendiri meminta beliau selaku pengerusi DAP negeri Selangor mengarahkan Ronnie Liu selaku exco berkaitan, diadakan satu siasatan terhadap beberapa ahli DAP yang didakwa menghina seorang Yang Di Pertua Majlis (YDP) sebuah majlis daerah/perbandaran.
Namun, perkara tersebut didiam atau tidak diendahkan oleh kedua-dua Teresa dan Ronnie.
Satu lagi contoh yang diberikan adalah berkenaan Teo Ni Ching yang didakwa menyewa sebuah premis untuk dijadikan pusat khidmat DAP Serdang dengan kadar sewaan RM1,500 sebulan tetapi sejumlah RM500 telah diberi kepada pembantu Ni Ching sebagai "kick-back-money" dan perkara ini adalah dalam pengetahuan Teresa namun dibiarkan sahaja.
Turut didedahkan adalah arahan Khalid Ibrahim atau pejabatnya untuk melantik firma guaman yang dicadangkan oleh wakil PKR bagi kerja-kerja sebuah majlis perbandaran dengan fee bayaran sebanyak RM15,000 sahaja namun seorang ahli majlis dari parti DAP telah mengenepikan arahan tersebut sebaliknya melantik sebuah firma guaman lain yang "mesra" kepada DAP dengan fee bayaran sebanyak RM55,000.
Sedangkan pada waktu yang sama, kumpulan ibu tunggal Selangor sedang mengadakan satu protes dan demonstrasi di luar pagar utama bangunan SAAS, SUK Shah Alam yang mana pintu masuk utama (gate) telah ditutup oleh pengawal keselamatan.
Adakah Tan merupakan "trojan horse" kepada Khalid Ibrahim bagi membunuh karekter pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengannya? Atas arahan siapakah Tan dapat meloloskan diri dan sewenang-wenangnya membuat sidang tersendiri di ruang utama bangunan itu di waktu yang sama dewan undangan negeri (DUN) sedang berlangsung?
Apa pun jawapannya, politik kerajaan dan perikatan pakatan rakyat Selangor semakin celaru selepas kes Khalid vs Azmin. Dan yang pasti adalah, akar umbi DAP kini mula resah dengan cara kepimpinan Teresa yang menerajui DAP Selangor.
0 comments:
Post a Comment