Saturday, 17 November 2012

PANAS: ZIN BADAK @ZINMOHAMED KATA BANJIR TERUK DI SELANGOR ANGKARA @KHALID_IBRAHIM ... MANA GERAN SELANGORKU RM300 JUTA?




SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor,mendakwa masalah banjir kilat yang teruk melanda negeri itu berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir haram yang dijalankan di tebing sungai.

Koordinator BN Selangor,Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, akibat sikap lepas tangan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak memantau aktiviti perlombongan haram di tebing sungai telah menyebabkan ban pecah.

Oleh itu, aliran air hujan deras tidak dapat mengalir terus ke sungai dan laut sekali gus menyebabkan beberapa kawasan rendah teruk dilanda banjir.

Zin berkata selain masalah ban pecah banjir yang berlaku di negeri itu disebabkan oleh masalah pengurusan sampah yang tidak teratur menyebabkan aliran air parit tidak dapat mengalir ke sungai yang akhirnya menyebabkan banjir kilat.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir kilat ialah Shah Alam, Klang, Ampang dan Kajang.

Setakat ini, sejumlah 893 orang mangsa banjir masih ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir di seluruh Selangor.


Menurut ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dan ribut petir akan berterusan sepanjang minggu ini.


0 comments:

Post a Comment