Wednesday, 12 December 2012

LAPORAN KHAS: [GAMBAR] RAKYAT SECARA HALUS DIHASUT DENGAN PERMAINAN DENDAM KESUMAT TERHADAP RAJA & PEMIMPIN


Kisah I

Lokasinya adalah berhadapan lampu trafik simpang tiga, berdekatan dengan Masjid KLIA, jalan persekutuan menghubungkan Banting ke Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Apa yang biasa tentang gambar ini adalah pemakluman Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang diraikan semalam.

Apa yang luar biasa adalah tiadanya potret baginda sultan seperti kelaziman pernah dibuat.

Adakah ini merupakan satu usaha halus menghakiskan martabat Sultan Selangor dan institusi raja-raja serta keyakinan rakyat Malaysia terutamanya di Selangor terhadap Sultan?





 Kisah II

Lokasinya di medan letak kereta bersebelahan Palace of Justice, Putrajaya. 

Insidennya adalah kononnya demonstrasi 300,000 orang India Malaysia yang tidak mendapat kerakyatan Malaysia walaupun yang turun diberitakan hanya beberapa orang sahaja.

Antara gambar yang diusung kesana-sini oleh para upahan pihak tertentu ini adalah 'mock identification card' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digambarkan sebagai seorang bukan muslim kerana jelas terpampang gambar beliau dengan pengenalan diri sebagai NAJIB A/L RAZAK.

Penggunaan A/L biasanya adalah ringkasan kepada 'anak lelaki' bagi bukan muslim.

Ini adalah satu lagi usaha penghakisan secara nyata keyakinan rakyat terhadap kredibiliti perdana menteri dan jauh dari itu adalah menanamkan sifat benci serta provokasi.


Kesimpulan

Adakah begitu jahil rakyat Malaysia hingga mudah diperalatkan dan akhirnya  terperangkap dengan permainan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan cuba melaga-lagakan sesama sendiri?

Akhirnya kecelaruan ini boleh sahaja mengundang amarah hingga menimbulkan huru-hara dan rusuhan.

Jika itu berlaku, siapakah yang rugi?

Arab Spring adalah bukti jelas kebinasaan tamadun sesebuah negara hingga akhirnya tiada kerja lain yang mampu dilakukan melainkan rusuhan demi rusuhan walaupun sasaran awal mereka berjaya digulingkan.

0 comments:

Post a Comment