Tuesday, 11 December 2012

PANAS: DEMI MAHASISWA KUIS (DMK) MERUSUH KERANA KENAIKKAN YURAN PENGAJIAN



Tertekan yuran pengajian dan yuran asrama yang tinggi, kira-kira 20 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Bangi, mengadakan bantahan di depan rumah seorang pengarah pemegang konsesi pengurusan asrama di sini, semalam. 
 
Kumpulan pelajar dari Demi Mahasiswa Kuis (DMK) itu, tiba di pekarangan rumah pengarah itu kira-kira jam 12.20 tengah hari sambil membawa sepanduk. 
 
Pengerusi DMK, Azrul Tahir, berkata mereka mengadakan bantahan untuk menuntut supaya KUIS membatalkan kontrak konsesi pengurusan asrama yang didakwanya membebankan pelajar.
 
"Kami hadir di sini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada tuan rumah yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan asrama KUIS," katanya. 
 
Azrul berkata, yuran asrama pelajar yang tinggi turut mempengaruhi yuran pengajian kerana kebanyakan pelajar KUIS berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Laporan: minda-hijrah 

0 comments:

Post a Comment