Sunday 23 December 2012

PANAS : POLIS KORUP ATAU PBT SELANGOR YANG KORUP? PERMAINAN WAYANG RONNIE LIU DAN KHALID SAMAD @RONNIELIUTK @KHALID_SAMAD



Post Pic

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini tidak mengendahkan 188 permohonan pihak polis untuk menyita premis mesin perjudian haram.
 
Menurutnya usaha polis yang melakukan serbuan sepanjang tahun ini sama sekali tidak mendapat kerjasama daripada PBT untuk menyita premis yang diserbu. 
 
"Polis menyerahkan 188 permohonan sita kepada PBT yang berkenaan, namun tiada satu pun dilaksanakan," katanya di sidang media semalam. 
 
Baru-baru ini beberapa akhbar berbahasa Inggeris melaporkan kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong. 
 
Tun Hisan selain itu kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu, yang mendakwa PBT tidak mempunyai kuasa penuh terhadap kegiatan perjudian haram di negeri itu dan menggesa pihak memainkan peranan agresif untuk bersama-sama menangani kegiatan itu. 
 
Katanya lagi, Selangor tidak akan berjaya membanteras gejala ini selagi pihak berkaitan tidak memberi kerjasama sewajarnya kepada pihak polis.
 
"Dalam menangani gejala sosial ini semua pihak kena main peranan, kalau setakat pihak polis sahaja yang melakukan serbuan, rampasan dan tangkapan, ini tidak akan selesaikan masalah ini kerana 'the next day' mereka akan datang hantar lagi (mesin perjudian). Kita (polis) nak fokus pada banyak perkara untuk menjaga keamanan.
 
"Nampaknya ada pihak tertentu mempunyai niat berlainan dan memaparkan seolah-olah polis Selangor tidak ambil tindakan (terhadap premis perjudian) sungguhpun hakikat adalah sebaliknya," tegas beliau.
 
Jelas beliau lagi, setakat November tahun ini, polis Selangor merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan. 
 
"Ini bermakna sehari kita buat 23 kali serbuan iaitu sebanyak 23 premis mesin perjudian diserbu setiap hari. 
 
"Kita sudah kenal pasti sebanyak 1,577 premis mesin perjudian tanpa lesen jika semua dapat ditutup bekalannya saya yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor," ujarnya.
 
Setakat ini katanya, sebanyak 69 peratus kes membabitkan mesin perjudian tanpa lesen sudah dibawa ke mahkamah. 
 
Tun Hisan turut menyifatkan kedegilan sesetengah pemilik bangunan atau premis yang mementingkan keuntungan kewangan dengan membenarkan aktiviti haram dijalankan di premis mereka turut menyumbang kepada peningkatan kegiatan itu. 
 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada semalam menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menutup sebuah kelab malam yang didakwa beroperasi tanpa lesen hiburan dari PBT.
 
Khalid mendakwa MBSA takut dipalitkan dengan komplikasi undang-undang dalam usaha untuk mengambil tindakan terhadap pusat hiburan haram berkenaan. 
 
Katanya, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab terbabit kerana beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria akan mengakibatkan implikasi kepada politik.
 
"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment