Tuesday 29 January 2013

[DAP IS DEAD] KHALIFAH LIM GUAN ENG LEBIH DISAYANGI DARIPADA USTAZ NASHARUDIN




Penghapusan Kampung Melayu oleh PAP (People's Action Party) adalah salah satu cara untuk menghapuskan indentiti melayu di Singapura.



Sejarah Melayu di Singapura telah membuktikan bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja cara untuk meraih undi orang Melayu bagi memegang tampuk kekuasaan pentadbiran Singapura. APA SAHAJA CARA, perlu meraih undi meskipun terpaksa memakai songkok semasa masuk ke perkampungan Melayu.

Dan hasilnya, setelah memegang kuasa, maka orang Melayu Singapura dengan segala hormatnya disisihkan secara beransur-ansur, termasuk pemberian jawatan Presidennya kepada Melayu cukuplah hanya sekali dan diabadikan di not-not wang kertas negara tersebut.


Jadi, apakah bezanya dengan apa yang dilakukan oleh anak didiknya DAP di Malaysia? Mereka melakukan apa sahaja cara yang bercirikan 'kemelayuan' bagi meraih sokongan orang Melayu, sehingga diberikan jolokan 'KHALIFAH UMAR' Lim Guan Eng?

Setelah bersungguh-sungguh orang Melayu Pulau Pinang memberi sokongan kepada 'Khalifah' ini, maka pasca PRU 12 tahun 2008, agaknya apakah nasib orang Melayu di negeri tersebut? Semakin mewahkah kehidupan orang Melayu Pulau Pinang dengan kebajikan yang ditabur oleh 'Khalifah'? Makin terbelakah nasib orang Melayu Pulau Pinang dengan kepimpinan 'Khalifah'? Dan yang penting, makin terpeliharakah syiar agama Islam hasil daripada pentadbiran 'Khalifah' ini?


Apakah akan jadi bila Melayu menjadi Bukan Islam hasil jarum halus musuh Islam? >>KLIK SINI<<

Tok Kenari: Sekiranya kepimpinan 'Khalifah' ini diluaskan bersama sekutu tunggangannya sehingga ke peringkat Persekutuan, agak-agaknya semakin gahkah nama Melayu di persada nusantara? Adakah orang Melayu kini akan seterusnya semakin lupa, atau sememangnya tak pernah ambil kisah dengan nasib bangsa dan anak cucunya di masa hadapan? Kenapa orang Melayu tak ambil iktibar di atas apa yang berlaku di negara-negara jirannya sendiri? Tepuk dada tanyalah iman anda..

Laporan: tok_kenari

0 comments:

Post a Comment