Saturday, 12 January 2013

[LAPORAN KHAS] #KL112 ADA 80,000 PESERTA NAMUN BERPUAS HATIKAH MEREKA?


Tiada apa yang istimewa mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112).
Jumlah peserta yang hadir diakui meningkat berbanding Bersih 3.0 yang meninggalkan memori buruk pada rakyat Malaysia.
Berbanding Bersih 3.0, saya secara peribadi berpendapat sekitar 80,000 berjaya dihimpunkan oleh penganjur HKR112 berbanding sekitar 30,000 sewaktu Bersih 3.0.
Stadium Merdeka yang mampu memuatkan kapasiti 40,000 penonton (duduk) serta tambahan 20,000 (berdiri dan padang) sememangnya padat dengan peserta yang dihimpun dari seluruh negara.

Tema berbagai dengan warna-warni yang membezakan kononnya tuntutan mereka, contohnya merah untuk royalti minyak, kuning untuk pilihanraya yang lebih adil, hijau bagi anti-Lynas, ungu untuk hak wanita dan sebagainya hanya menarik dari segi “warna” namun tenggelam dari segi matlamat apakah yang mahu dicapai dari himpunan ini.
Seperti yang diduga, 50 penceramah yang menyampaikan ceramah mereka hanya berkisarkan makian dan cacian pada kerajaan Barisan Nasional (BN) justeru ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah himpunan bermotifkan politik, terutama menuju pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan tidak lebih dari itu.

Apa yang ketara dari himpunan ini di kaca mata saya hanyalah “show-off” sebilangan pihak terutamanya Unit Amal Dewan Pemuda Pas (DPP) dan Angkatan Muda KeAdilan (AMK) yang cuba menunjukkan kuasa masing-masing hingga menimbulkan kegeseran secara nyata atau tidak dan bagi saya telah mewujudkan “cold-war” di antara keduanya.

Perjalanan peserta yang berpusat sekitar Masjid Negara, Amcorp Mall, Universiti Malaya, Masjid Jamek, Central Market dan beberapa “hub” kecil-kecilan berjalan lancar bermula seawal 8 pagi dan sekitar jam 12 tengahari, Stadium Merdeka mula dibanjiri.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengotakan janji mereka dengan menjaga sebaik mungkin pergerakan peserta-peserta HKR112 tetapi menjaga rapi kawasan lain terutamanya Dataran Merdeka yang dikhuatiri dicemari dari perjanjian asal mereka (PDRM dan penganjur HKR112).

Berlaku siri panggilan aduan bom di sekitar KLCC dan bangunan Majlis Peguam Malaysia pada awal pagi tetapi ternyata palsu belaka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Merdeka sekitar jam 2 petang dengan sambutan hangat dari para penyokongnya.

Mungkin tidak selesa dengan percampuran terlalu banyak tema serta parti, kaum Cina dikenal-pasti antara “third force” yang digerakkan meninggalkan stadium lebih awal.

Anwar meninggalkan stadium sekitar jam 5 petang.

Jika dibuat perbandingan, HKR112 ternyata satu himpunan yang tidak ada matlamat jelas berbanding Bersih 3.0.

Kehadiran 80,000 peserta HKR yang dihimpunkan melalui berbagai tema juga hanyalah “over-shadow” kepada jentera parti PAS (2 juta ahli keseluruhannya), PKR (400 ribu lebih ahli keseluruhannya) dan DAP (100 ribu lebih ahli keseluruhannya).

Maka, 80,000 peserta HKR112 hanyalah kurang dari 3% dari keseluruhan gabungan jentera atau ahli PAS-DAP-PKR dan jika dibandingkan dengan 100 ribu ahli UMNO SAHAJA sewaktu mereka berhimpun menyambut ulangtahun parti itu yang ke-66, sememangnya HKR112 adalah satu kegagalan dalam menunjukkan “taring” pakatan rakyat.

Oh ya, di sebalik kisah HKR112 ini saya masih tertanya-tanya siapakah yang telah menggunakan khidmat helikopter syarikat WESTSTAR milik Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang berlegar-legar di ruang udara stadium?

Anwarkah? Atau pakatan secara umum atau siapa? Apakah fungsinya heli Weststar sewaktu HKR112 itu berlangsung?




Laporan: sinismalaysia

1 comments:

  1. Assalaamualaikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh. Greetings... Just to elucidate. For whatever the reason was and will be... For example; Just because we flew for HKR112 that doesn't mean we support them. We "Weststar Aviation Services" are NOT and will NEVER be interested in the Malaysian political agendas. Besides criminals and illegal immigrants, We fly whoever charters our aircrafts regardless their political interests are. You pay, we fly... :). Jazakallah Hu Khair... Wassalaam

    ReplyDelete