Monday 7 January 2013

[PAKATAN IS DEAD] MAHASISWA UNISEL JADI NOMAD BAHANA POLITIK KERAJAAN NEGERI PAKATAN



SHAH ALAM - Tindakan Universiti Selangor (Unisel) mengenakan bayaran RM200 sebulan bagi menanggung kos penginapan dan pengangkutan sepanjang menghuni penempatan sementara adalah tidak wajar sama sekali.

Keputusan itu tidak disenangi sebahagian besar pelajar yang diarahkan berpindah. Lebih malang, operasi pemindahan pelajar tidak langsung dibantu oleh pihak universiti.

Tindakan lepas tangan dan tidak berhati perut oleh pihak universiti membuktikan pihaknya tidak mengutamakan kebajikan pelajar.

Sebagai sebuah universiti di bawah kerajaan Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku.

"Ketika kami berdepan masalah, mana kumpulan mahasiswa seperti Gamis, SMM dan KAMI yang heboh sana-sini sebagai pejuang mahasiswa itu?

"Sepanjang operasi pemindahan, tiada seorang pun wakil dari mereka bertemu dan membantu kami memindahkan barang.

"Mereka ini bukan pejuang tulen mahasiswa, mereka ini hanya alat politik pihak pembangkang (pakatan haram)," kata salah seorang mangsa pemindahan yang ditemui semalam.

Unisel sebelum ini mengarahkan untuk mengosongkan 44 blok asrama pelajar akibat mendapan yang serius sehingga mengganggu kelancaran sistem kumbahan, perparitan dan kabel bawah tanah.

Kesemua pelajar sama ada pelajar baru mendaftar dan pelajar sedia ada diputuskan untuk ditempatkan di beberapa rumah penginapan antaranya di Kota Puteri, Ijok; Azalea Court Bandar tasik Puteri, Rawang; Resort Mega Crystal Kuala Selangor; Taman Ilmu di Bestari Jaya dan sekitar Bukit Minyak.


Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment