Wednesday 30 January 2013

[PANAS] KHALID IBRAHIM UGUT BUBAR AWAL DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR @KHALID_IBRAHIM

(klik)


The Malaysian Insider melaporkan bahawa menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kemungkinan pembubaran dewan undangan negeri Selangor dilakukan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Ujarnya lagi ini ekoran tiada tanda-tanda kerajaan pusat mahu membubarkan dewan parlimen yang memberi indikasi agar dewan undangan negeri-negeri turut dibubarkan agar pilihanraya parlimen dan negeri dapat dijalankan serentak.

Dewan parlimen akan mencapai tempoh matang dan terbubar secara otomotis menjelang 28 April 2013.

Manakala tempoh matang bagi dewan undangan negeri Selangor adalah 22 April 2013.

Mengikut peruntukan perundangan dan perlembagaan negara, pilihanraya hendaklah dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tidak kira pembubaran itu adalah awal mahu pun mengikut tempoh matangnya.

Jika negeri Selangor membubarkan dewan undangannya terlebih dahulu, tiada peruntukan undang-undang yang MEWAJIBKAN pilihanraya dijalankan berasingan.

Lain-lain negeri turut akan terbubar secara otomatis mengikut tempoh masa berikut:

Johor (21 Mac)
N. Sembilan (26 Mac)
Pahang (7 April)
Perak (24 April)
Melaka (26 April)
Perlis dan Kelantan (28 April)
Sabah (29 April)
Penang dan Kedah (2 Mei)
Terengganu (5 Mei) 

Laporan: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment