Monday, 11 March 2013
[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : NYAWA AMAT BERHARGA, JANGAN TERSILAP LANGKAH
Kelmarin dilaporkan oleh pihak keselamatan negara dan turut disiarkan oleh Bernama bahawa seorang kanak-kanak berumur antara 12-15 tahun terbunuh setelah ditembak oleh anggota keselamatan negara semasa 'ops daulat' sedang digerakkan di garisan merah kampung Tanjung Batu, Lahad Datu.
Identiti kanak-kanak tersebut masih belum dikenal pasti. Turut dilaporkan cedera adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an.
Insiden berlaku sewaktu pasukan keselamatan merapati kampung Sungai Bilis bagi menjejaki saki baki penceroboh bersenjata apabila secara tiba-tiba sekumpulan dua lelaki dan tiga wanita keluar dari belukar dan terus ditangkap.
Apabila mendapati terdapat pergerakan di sebalik semak samun berhampiran, pasukan keselamatan terus melepaskan tembakan dan apabila disiasat, seorang kanak-kanak didapati terbunuh sebagaimana laporan terdahulu di atas.
Sebelum itu, turut dilaporkan adalah dua anggota PGA BN 12 Miri yang cedera setelah diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan.
Dipercayai insiden-insiden di atas berlaku kerana taktik peperangan gerila yang diamalkan penceroboh, namun boleh menyebabkan nyawa pihak-pihak yang tidak bersalah terkorban.
Oleh yang demikian, adalah amat diharapkan agar semua penduduk di sekitar kawasan terbabit mematuhi arahan yang diberikan agar tidak berkeliaran sewaktu 'ops daulat' ini digerakkan.
Nyawa adalah begitu berharga maka janganlah ia disia-siakan.
0 comments:
Post a Comment