Monday, 11 March 2013
[POLITIK] MESYUARAT TERGEMPAR AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO BERSAMA MENTERI-MENTERI BESAR BN - #PRU13
Sumber yang kami perolehi memaklumkan satu mesyuarat ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno sedang berlangsung di tingkat 38, ibu pejabat Umno pusat, menara Tun Hussein Onn, PWTC.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut dihadiri oleh menteri-menteri besar kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).
Jika sumber maklumat ini tepat maka ia menguatkan desas-desus pemerhati politik negara yang menjangkakan pengumuman pembubaran dewan parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Menjelang 13 Mac, maka genaplah lima tahun semenjak pilihanraya umum kedua belas (PRU12) berlangsung pada tahun 2008.
Namun, kerajaan pusat BN berhak untuk membiarkan tempoh matang dewan parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan iaitu pada 28 April hadapan.
Bagi dewan undangan negeri pula, negeri Johor adalah negeri pertama yang akan terbubar secara otomatis iaitu pada 21 Mac manakala Terengganu adalah yang terakhir terbubar secara otomatis iaitu pada 5 Mei.
Jika kerajaan BN membiarkan dewan parlimen terbubar secara otomatis, maka melalui peruntukan perlembagaan membenarkan kerajaan sedia ada ditadbir secara 'care taker' namun hendaklah dalam masa 60 hari melaksanakan proses demokrasi iaitu membuang undi.
Dengan mesyuarat yang begitu penting malam ini, adalah tidak mustahil dewan parlimen dibubarkan awal dan tidak menunggu tarikh had matang yang dibenarkan.
0 comments:
Post a Comment