TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG
-
BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG
BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan
Harapan ini.
Selama mana dia berada di kerusi AG, se...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini
disumbangkan oleh kaum Bumiputera. Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie
Ahmad berka...
MELAYU BERSATU
-
Tanggal *16 Sept 2015* mencatit sejarah bukan sahaja sempena sambutan HARI
MALAYSIA, tetapi menandakan kebangkitan Bangsa Melayu. Tahniah kepada
seluruh ...
Jari Menjadi Bukti #PRKPermatangPauh
-
Tahniah Gades ucapkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah
kerana berjaya mengekalkan penguasaan PKR di Permatang Pauh.
Nampaknya bukan rezeki Abang Mie untu...
Dah Kalah Kalah lah
-
HEhehehehe, Lolong bercuti lama dari menulis. Sebab tekanan perasaan
melihat senario politik negara yang semakin menggila kerana kegilaan
seseorang yang ma...
Apakah nasib 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 yang menjadi pengguna air di negeri Selangor? Dalam kononnya merealisasikan janji-janji manifesto pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor telah mengumumkan air percuma bagi 20 meter padu air setiap bulan kepada seluruh rakyat negeri Selangor di bawah 'Skim Air Percuma' (SAP). Tidak pernah dalam manifesto pilihanraya tersebut menyatakan secara terperinci apakah kaedah dan bagaimana air percuma akan diberi. Walaupun segelintir penduduk negeri Selangor mendapat faedah pelupusan harga bagi 20 meter padu air tersebut, dukacita dimaklumkan masih ramai lagi rakyat negeri Selangor yang gagal mendapat faedah yang sama termasuk 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 tersebut yang menggunakan air secara sistem meter pukal. Demikian itu satu saman telah dimasukkan oleh 71 penduduk tersebut dengan tuntutan air percuma bernilai RM405,270 keseluruhannya ditujukan kepada kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan rakyat. Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 September tahun lepas walau bagaimanapun telah ditentang oleh kerajaan negeri Selangor dengan permohonan mengenepikan ia (saman). Namun, permohonan mengenepikan saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Datuk Hashim Hamzah dengan kos pada 4 Februari yang lalu. Setelah mendengar hujah peguam pemohon (kerajaan negeri Selangor), Edmund Bon dan hujah peguam-peguam bagi plaintif (71 penduduk) iaitu Walter Pereira, T. Geetha dan Azyan Dalina Balia Yusof, mahkamah berpuas hati bahawa tuntutan plaintif adalah berasas dan dengan itu menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi mengenepikan saman tersebut. Nasib yang sama menimpa kerajaan negeri Selangor bilamana tuntutan saman oleh ibu-ibu tunggal di negeri Selangor turut mendapat perhatian mahkamah dan menolak permohonan kerajaan negeri bagi mengenepikan saman itu.
Persoalan yang timbul kini adalah - apakah nasib 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 tersebut serta para ibu tunggal yang dijanjikan elaun sebanyak RM100 sebulan sekiranya kerajaan negeri diambil alih oleh Barisan Nasional selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti? Masihkah hak mereka boleh dituntut atau mahkamah bakal memutuskan bahawa janji-janji manifesto pakatan rakyat hanya terpakai kepada parti perikatan yang membentuk gabungan pakatan rakyat sahaja? Ia wajar dijelaskan oleh wakil Barisan Nasional bagi negeri Selangor untuk meyakinkan keseluruhan rakyat negeri itu.
Lu cerita apa beb ... yang disman kan kerjaan negeri selangor pimpinan pakatan pasal tak semena mena bangkit cerita siapa akan bayar pampasan .. jika bn menang kes tetap berjalan dan keputusan jika diumumkan adalah diantara penuntut : rakayat dan kerajaan -yang memerintah ketika itu - pakatan rakayat . harap faham
Lu cerita apa beb ... yang disman kan kerjaan negeri selangor pimpinan pakatan pasal tak semena mena bangkit cerita siapa akan bayar pampasan .. jika bn menang kes tetap berjalan dan keputusan jika diumumkan adalah diantara penuntut : rakayat dan kerajaan -yang memerintah ketika itu - pakatan rakayat . harap faham
ReplyDeleteMungkin lebih elok kalau ada penjelasan dari wakil BN sendiri untuk pencerahan yang boleh disandarkan. Apa pun, undi BN.
ReplyDelete