Wednesday 13 March 2013

[POLITIK] PRU13 : PM TELAH BERTEMU DYMM AGUNG PAGI TADI - #PRU13


Sebuah blog yang punyai pautan www.panglimapatinhitan.blogspot.com telah menulis bahawa mengikut sumber beliau memperolehi gambar kenderaan rasmi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah memasuki dan kemudian meninggalkan perkarangan Istana Negara sekitar pagi tadi. Ia dapat dibaca melalui postingnya bertajuk "(UPDATE PRU13) TERKINI..!!! KENDERAAN PM DILIHAT KELUAR DARI ISTANA NEGARA"

Blog tersebut seterusnya menyarankan agar rakyat jangan lupa untuk mengundi Barisan Nasional dan ini memberikan persepsi bahawa pertemuan perdana menteri bersama DYMM Agung adalah berkaitan soal pembubaran parlimen dalam tempoh waktu terdekat.

Sebelum ini, pihak kami turut menyiarkan berita pertemuan presiden Umno, Najib Razak bersama menteri-menteri besar kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional.

Adakah benar parlimen akan dibubarkan? menjadi satu tanda tanya yang besar.

Hari ini genaplah lima tahun ulangtahun hari pembuangan undi setelah pilihanraya kedua belas dahulu yang berlangsung pada 13 Mac 2008.

Apa pun, urusan perdana menteri mengadap DYMM Agung bukanlah suatu yang pelik kerana sememangnya menjadi salah satu tugas beliau untuk bertemu DYMM Agung sebelum mesyuarat kabinet jemaah menteri berlangsung.

0 comments:

Post a Comment