Sunday, 28 April 2013

[fakta] tun daim yakin bn mampu tawan selangor dan kedah 5 mei nanti!



MERBOK: Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.

sumber klik sini

ps: buat rakan-rakan berpesanlah kepada semua, adik beradik, jiran, saudara serta kawan-kawan kalau boleh mengundi, keluarlah mengundi 5 mei nanti, dan paling penting undilah bn, untuk keamanan serta kesejahteraan malaysia.

0 comments:

Post a Comment