Monday, 29 April 2013

[KUALA LANGAT] SABOTAJ OLEH AHLI SENDIRI PUNCA BN KUALA LANGAT LEMAH?


Benarkah Barisan Nasional (BN) Kuala Langat menghadapi masalah dalaman hingga graf calon-calon mewakili parti tersebut jatuh merudum? Sedangkan hari pembuangan undi tinggal kurang dari 7 hari sahaja lagi.

Perkhabaran mengenai jentera BN yang sabotaj calon-calon BN bagi kerusi P.112 (Kuala Langat), N.53 (Morib), N.52 (Telok Datok) dan N.51 (Sijangkang) gara-gara beberapa nama besar seperti Dato Sulaiman Karli, Dato Seri Mohd Shafie Salleh, Dato Nordin Selamat, Razak Khasbullah, Cikgu Ng dan lain-lain tidak disenaraikan sebagai calon jauh meleset apabila jentera BN Kuala Langat dilihat melipat gandakan kempen mereka menjelang minggu terakhir sebelum tarikh pembuangan undi.

Bahkan, kerjasama erat nama-nama tokoh pemimpin di atas dalam kempen calon-calon BN iaitu Kapt (B) Shaharuddin Omar (P.112), Haji Hasiman Sidom (N.53), Dato Jimmy Tan (N.52) dan cikgu Zurihan Yusop (N.51) dapat dilihat dalam program-program yang telah disusunatur.

Rupa-rupanya, khabar angin yang ditiupkan oleh pakatan rakyat bagi kawasan Kuala Langat itu hanyalah ciptaan mereka demi menutup kelemahan yang dihadapi oleh jentera pakatan itu sendiri.

Dap sebagai contoh telah membariskan nama yang bukan kehendak penyandang lama, Phillip Tan dan dikhabarkan Phillip nyaris bertanding atas tiket bebas semasa hari penamaan calon pada 20 haribulan yang lalu.

Walaupun Phillip tidak meneruskan niat beliau untuk bertanding bebas, difahamkan bahawa para penyokong beliau tidak menjalankan kerja-kerja kempen sehingga kini.

Pas juga mengalami nasib yang sama apabila calon mereka bagi kerusi N.53, Haji Hasnul Baharuddin bergerak berasingan dari calon N.51 iaitu Dr Yunus Hairi Ahmad.

Yunus Hairi dikatakan mengelakkan diri beliau dari kelihatan bersama-sama dengan Hasnul kerana bimbang lumpur yang menyaluti dirinya akan turut terpalit terhadapnya.

Hasnul dilihat terlalu ekstrimis menggerakkan dirinya sendiri tanpa memanggil rakan-rakan pakatan yang lain terutama PKR dalam menuju hari pembuangan undi 5 haribulan depan.

Ini menjadikan dirinya tidak populis dikalangan jentera dan kaum India adalah yang pertama menyuarakan bantahan Hasnul selaku calon N.53 bagi pakatan Dap-PKR-Pas.

Yunus tidak mahu dirinya yang popular terpalit justeru Yunus lebih kelihatan 'low-profile' dan mementingkan dirinya sendiri.

Selain itu, masyarakat setempat juga tahu adanya satu laporan polis terhadap Hasnul serta masalah perkahwinannya yang seakan-akan masalah yang pernah dihadapi oleh Abdullah Sani yang berkahwin dua dan kemudian menceraikan isteri pertamanya.

Bagi PKR Kuala Langat yang membariskan Abdullah Sani sebagai calon penyandang kerusi P.112 pula, lebih ketara teruknya apabila pengerusi jentera PKR bagi parlimen itu sendiri iaitu Karunakaran a/l Annavy terlebih dahulu memberi kata putus untuk menghentikan jentera pilihanraya-nya jika Abdullah Sani masih dikekalkan.

Berikut adalah luahan hati Karunakaran:-


0 comments:

Post a Comment