Sunday, 21 April 2013

[PERANG PRU13] DATUK ABDUL HALIM SAMAD BUATKAN NIK NAZMI TERGUGAT DI DUN SERI SETIA!!

Ceramah malam tadi di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.





Datuk Halim Samad bersama penduduk.
Pss, pakai kain pelikat je datuk ye..?

Datuk Abdul Halim Samad adalah calon Barisan Nasional yang disukai rakyat dan mendapat sokongan jentera BN di Dun Seri Setia.

Malam tadi diadakan ceramah anjuran BN kawasan DUN Seri Setia, ramai kalangan penduduk tidak segan silu turun mendengar ceramah kerana agenda merampas Selangor dari kerajaan PR telah membuka mata ramai rakyat Selangor. Di DUN Seri Setia, penyandang kerusi DUN adalah Nik Nazmi dari PKR - antara salah satu contoh ADUN PKR yang hanya pandai bercakap, beri janji, beri harapan tetapi mengikut kata-kata penduduk di situ muka Nik Nazmi boleh kira berapa kali muncul selama 5 tahun dia jadi YB PKR di situ.

Dengar cerita juga Nik Nazmi mengatakan, siapa saja calon BN di DUN Seri Setia, dia sambil tidur pun dia boleh menang besar. Oh, angkuhnya! Tetapi, bak kata Datuk Halim, kita biarkan dia angkuh dan berlagak sebab Datuk Halim dan jentera tempur BN akan bongkarkan kepincangan Nik Nazmi selama dia jadi YB di sini.

KITA TEMPUR....!!!

Selama ini rakyat Selangor ternyata telah banyak ditipu, takkan nak diamkan saja?

0 comments:

Post a Comment