Wednesday, 10 April 2013
[PRU13] JANGAN ADA YANG MERAJUK PESAN PENGERUSI BN - @NAJIBRAZAK #PRU13 #BNBAGUS #VOTE4BN
Pengerusi Barisan Nasional (BN), YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan setiap bahagian agar tidak kecewa jika tidak disenaraikan sebagai calon bagi pilihanraya umum ketiga belas (PRU13) nanti.
"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas tu turun membantu jentera", ucap beliau sebentar tadi di Dewan Merdeka, PWTC.
Apa yang penting bagi pengerusi BN itu adalah niat bagi mencapai kemenangan seterusnya membentuk kerajaan tidak kira kerajaan pusat mahu pun negeri.
Sebelum itu, beliau turut memaklumkan bahawa calon-calon PRU12 masih ada yang dikekalkan. Ini menolak andaian bahawa terdapat ramai calon baru menggantikan pemegang sedia ada.
Kriteria yang dilihat tertumpu kepada dua iaitu pertama kepimpinan calon itu sendiri dan kedua penerimaan calon itu oleh rakyat.
Jika kedua-dua kriteria tersebut memenuhi, ia mendekati maksud "winnable candidate" yang sebelum ini disebut-sebut.
Pertemuan kepimpinan tertinggi BN tersebut berlangsung ringkas di Dewan Merdeka, PWTC sekitar jam 1 petang setelah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan keputusan mesyuarat khas tujuh anggota panelnya.
Menurut Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, SPR akan melantik 222 pengurus pilhanraya serta 379 pegawai penguatkuasa bagi 8,879 pusat mengundi.
Sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi menjalankan PRU13 kali ini dan 35 pemerhati asing dari lima negara ASEAN turut memantau sepanjang tempoh kempen hingga pengiraan undi dan pengumuman keputusan.
20 April merupakan hari penamaan calon manakala 5 Mei telah dipilih sebagai hari pembuangan undi.
Writ pilihanraya akan dikeluarkan pada 11 April ini.
0 comments:
Post a Comment