Wednesday, 10 April 2013
[PRU13] MP LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH DAIF PERUNDANGAN - @N_IZZAH @NAJIBRAZAK #PRU13 #MPMALAS @TUNFAISAL
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR mengeluarkan tweet memaparkan kononnya indek salah guna kuasa oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku perdana menteri dalam kerajaan sementara setelah pengumuman pembubaran dewan rakyat pada 3 April lalu.
Tiga perkara dinamakan sebagai perbuatan salah guna Najib adalah pertama, pengumuman pembinaan sebuah kompleks bernilai RM400 juta di Perak kedua, pengumuman 10,000 rumah penjawat awam di Putrajaya dan ketiga, pengumuman pemberian 725,000 kad istimewa 1Malaysia (1Malaysia Privilege Card) kepada pesara awam di PICC, Putrajaya tidak berapa lama dulu.
Kenyataan twitter Nurul Izzah bagaimana pun telah terjawab lebih awal oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang memetik Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik satu jemaah menteri yang menasihatinya dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negara sepanjang pembubaran hingga tarikh pilihanraya bagi membentuk kerajaan baru.
Ujarnya Ghani, pembentukan jemaah menteri khas tidak semestinya menerima watikah baru memadai dengan jemaah yang ada meneruskan dasar-dasar kerajaan sedia ada sebelum dibubarkan.
Kenyataan Ghani telah dikeluarkan oleh banyak media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Sinar Harian dan lain-lain.
Mengumumkan ketiga-tiga perkara yang disentuh oleh Nurul Izzah adalah kelangsungan dasar-dasar kerajaan terdahulu dan ianya bukanlah satu pelanggaran mandat rakyat seperti keputusan mahkamah dalam satu kes duluan iaitu "Abdul Ghani Ali vs Pendakwaraya (2001)".
Kenyataan twitter Nurul Izzah secara tidak langsung menunjukkan kedaifan beliau yang hanya mengikut pelan strategi orang-orang bawahannya yang khilaf tentang peruntukan perundangan dan ini sekaligus merembat kredibiliti Izzah sebagai seorang ahli parlimen.
0 comments:
Post a Comment