Tuesday, 16 April 2013

[PRU13] KERAJAAN SELANGOR DIMINTA SELESAIKAN SEGERA ISU AIR


PENDUDUK pangsapuri Seri Penara, Bandar Tun Razak yang berAhli Parlimenkan Khalid Gagap baru baru ini telah dilanda satu masalah besar apabila air tidak dapat disalurkan kerumah-rumah mereka akibat paip air pecah di Batu Caves. Perkara ini haruslah dipandang lebih serius oleh kerajaan sementara negeri Selangor dibawah pentadbiran Khalid Gagap.

Sedih dan kecewa, itulah antara luahan isi hati para penduduk di sini yang mengalami gangguan air sejak minggu lepas dan terpaksa mengangkut air dari bawah ke rumah pangsapuri mereka. Ini bukan perkara main-main. Ini bukanlah usaha BN dalam memancing undi pilihanraya. Turun ke bawah dan lihat sendiri penderitaan rakyat yang selama ini kononnya hendak dibela.

BN tak perlukan isu air seperti ini untuk meraih undi. Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya sejak dulu lagi mengusahakan sesuatu bagi mengelakkan krisis seperti ini terjadi. Kenapa perlu menyalahkan SYABAS yang hanya ditugaskan untuk membekalkan air kepada penduduk Lembah Klang dan Selangor?

SYABAS hanyalah sebuah syarikat yang diberi tanggunjawab untuk membekalkan air kesemua rumah penduduk di Lembah Klang dan Selangor. SYABAS tidak mempunyai hak untuk membaikpulih atau menukar mana-mana aset kerajaan negeri seperti paip air kerana kelulusan tidak diberi.

SYABAS pernah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menukar paip-paip air yang lama kepada yang baru. Namun usaha SYABAS ternyata sia-sia apabila kerajaan negeri tidak melayan cadangan tersebut malah dana CAPEX yang dipohon oleh SYABAS bagi menukar paip air uzur dan membaikpulih rumah pam dibekukan kerana dikatakan kroni BN.

Kerajaan Khalid Gagap ni nak bermain politik atau nak bantu rakyat? Dalam rakaman TV3 (boleh lihat di SINI) berkenaan masalah air yang dihadapi oleh penduduk Seri Penara, Bandar Tun Razak untuk kali yang kedua tahun ini, penduduk meminta supaya Khalid sendiri turun padang dan melihat sendiri masalah 'politik' yang kononnya BN mahu memancing undi. Masalah lama tak pernah selesai itu pun ada hati lagi nak jadi Menteri Besar lagi penggal depan? Tukar Menteri Besar, tukar terus kerajaan negeri Selangor.

Cuma nak tanya kat Khalid Gagap ni la. Khalid pernah ke alami terputus bekalan air kat rumah? Mesti tak itu sebab dia tak pernah hirau masalah rakyat pasal air ni. Nak tutup kesalahan sendiri terpaksa tuding jari pada SYABAS.

Dalam laporan Selangorku bertarikh 15 April 2013 pula mengatakan yang BN cuba bermain dengan krisis air yang berlaku akibat kesalahan SYABAS dan cuba meraih undi pilihanraya. Dah cakap dah, Khalid dan kroninya dalam pentadbiran Selangor tak akan mengaku kesalahan sebab apa yang mereka buat dianggapnya betul dan sempurna semuanya.



Ini bukan kali pertama kes terputus bekalan air ni berlaku kat Selangor. Lebih kurang setiap tahun semenjak Khalid memerintah negeri Selangor mesti ada kes terputus bekalan air. Kita ambil contoh seperti di Wangsa Maju, Hulu Selangor dan Shah Alam yang pernah berlaku masalah air ini, para penduduk mendesak kerajaan negeri mengambil langkah progresif dalam menangani masalah ini agar tidak berulang, namun sehingga hari ini tiada jalan penyelesaian yang dibuat melainkan masih mengkaji kaedah terbaik bagi menggantikan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Oleh kerana tidak dapat menyelesaikan masalah air selama lima tahun ini, maka tidak lain dan tidak bukan SYABAS dijadikan kambing hitam dan dipalitkan sekali dengan BN. Inilah satu-satunya kerajaan yang ada di Malaysia yang tidak pernah menyelesaikan masalah, hanya mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Kerajaan pening lalat yang dipimpin oleh Khalid Gagap.

Sudahlah dana Capex untuk menukar paip yang telah uzur dibekukan, kerajaan persekutuan juga telah menyalurkan dana kepada kerajaan negeri untuk membantu rakyat menangani krisis air ini namun tiada apa-apa perubahan sehingga hari ini. Rumah pam tidak diselenggara pun salah SYABAS, paip pecah pun salah SYABAS, air kotor pun salah SYABAS. Dah Khalid tak luluskan dana Capex macam mana SYABAS nak buat kerja? Cuba Khalid fikirkan guna kepala otak tu sikit.

Berhentilah seketika bermain politik, selesaikan dahulu masalah air yang dihadapi rakyat. Tak perlu risaukan DUN Pelabuhan Klang tu sebab kalau Khalid berjaya uruskan masalah air ni tak ada masalah untuk menang. Jika masih senyap juga pasal isu rakyat ni, aku percaya yang rakyat Selangor pun akan menolak Khalid walau dimana dia bertanding.


Laporan Jawa Bernam

0 comments:

Post a Comment