Wednesday, 17 April 2013

[PRU13] MEMALUKAN! PR BATAL SIDANG MEDIA, GAGAL SEPAKAT ISU KERUSI


Pakatan haram masih belum mencapai kata sepakat dalam soal pembahagian kerusi membabitkan beberapa kawasan dan calon yang akan ditampilkan pada pilihan raya umum kali ini.

Sidang media Majlis Pimpinan pakatan haram yang dijadualkan pada jam 4 petang pada semalam dibatalkan dua jam selepas ia tertangguh.

"Sidang media dibatalkan kerana mesyuarat masih lagi berjalan dan tidak diketahui bila akan tamat," kata seorang pegawai ibu pejabat PKR kepada wartawan yang menunggu, dipetik Astro Awani.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok diihat meninggalkan ibu pejabat PKR sebelum diikuti oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, pakatan haram akan mengumumkan baki kerusi yang belum diumumkan calonnya selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN).

Difahamkan antara kerusi yang belum diputuskan calon oleh pakatan harram adalah Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau. Tiga kerusi itu ditandingi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 tetapi ia hanya menang di Telok Kemang.

Pembahagian kerusi Dun di Negeri Sembilan juga dikatakan sedikit bermasalah apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon parti itu dan bukannya keputusan pakatan haram sekarang meletakkan calon Pas.

Selain itu, masalah juga dikesan timbul di kawasan Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang melibatkan PKR dan Pas serta di Dun Johor Jaya di Johor melibatkan PKR dan DAP.

Masalah sama juga dikatakan berlaku di kerusi Dun Changkat Jering selepas Pas mengumumkan kerusi itu akan ditandingi oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sedangkan kerusi itu pada 2008 ditandingi oleh PKR.

Dalam pada itu, sumber di Seremban melaporkan bahawa pakatan haram Negeri Sembilan yang sepatutnya mengumumkan calonnya pada malam tadi terpaksa ditanguhkan kerana dipercayai PKR negeri ini mempunyai masalah dalam pemilihan calon.

Pengumuman akan dibuat dalam satu tarikh yang akan di beritahu dalam masa terdekat, kata seorang pemimpin pakatan haram.

BN telah mengumumkan calon lengkap untuk bertanding di PRU-13 pada semalam.

0 comments:

Post a Comment