Thursday, 18 April 2013

[PRU13] RAKYAT SELANGOR JANGAN SAMPAI TERTIPU DUA KALI


Sebelum mengakhiri ucapan pelancaran 'Aku Janji BN Selangor', Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan rakyat Selangor supaya berfikir panjang dan jangan ditipu dua kali dengan janji-janji yang ditawarkan oleh pakatan haram.

Beliau merujuk kepada ketidakupayaan kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram yang gagal menunaikan janji-janji mereka terhadap rakyat. Justeru adalah satu kesilapan besar jika rakyat Selangor masih percaya terhadap tawaran dan janji-janji yang dibuat oleh pakatan haram pada kali ini.

Adakah rakyat sudah lupa? Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berkata bahawa manifesto itu bukan janji. Jadi tidak mengapa jika tidak ditunaikan. 

Sebagai rakyat biasa kita mungkin tidak sedar bahawa jika pembangunan Selangor terbantut akibat tadbir urus yang buruk ditunjukkan oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini, ia akan menyebabkan sasaran kita untuk mencapai negara maju menjelang 2020 tidak akan dicapai.

Hal ini kerana Selangor merupakan penyumbang 60 peratus pendapatan negara dan dengan pengurusan yang buruk jumlah itu akan terus menyusut. Akibat terlalu banyak berpolitik, kerajaan PKR tidak dapat menyelesaikan masalah asas yang paling penting iaitu air.

Air di Selangor bukan hanya untuk diminum oleh penduduk semata-mata. Ia digunakan dengan banyak oleh pihak industri dan di pelabuhan. Jadi air dari lombong dan hujan sahaja sudah tentu tidak mencukupi dan Selangor memerlukan empangan yang cukup besar bagi menyimpan bekalan air yang cukup banyak dengan menyalurkannya dari Pahang.

Itulah yang mahu dilakukan oleh kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, oleh kerana ghairah untuk mengambil alih syarikat-syarikat penyedia kemudahan asas itu kerajaan PKR seolah-olah buta akal dan hati untuk melihat kepentingan tersebut.

Bukan sahaja Selangor, seluruh Lembah Klang bergantung kepada bekalan air dari negeri berkenaan.

Jika bekalan air tidak stabil, tidak ada pelabur yang mahu membuka kilang atau perusahaan mereka di wilayah ini dan tanpa pelabur-pelabur ini bagaimana negara hendak membangun dan mencapai negara maju.

Jadi marilah rakyat Selangor berganding bahu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) yang bukan sahaja menjanjikan kebajikan rakyat, bahkan masa depan yang lebih terjamin.

0 comments:

Post a Comment