TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG
-
BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG
BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan
Harapan ini.
Selama mana dia berada di kerusi AG, se...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini
disumbangkan oleh kaum Bumiputera. Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie
Ahmad berka...
MELAYU BERSATU
-
Tanggal *16 Sept 2015* mencatit sejarah bukan sahaja sempena sambutan HARI
MALAYSIA, tetapi menandakan kebangkitan Bangsa Melayu. Tahniah kepada
seluruh ...
Jari Menjadi Bukti #PRKPermatangPauh
-
Tahniah Gades ucapkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah
kerana berjaya mengekalkan penguasaan PKR di Permatang Pauh.
Nampaknya bukan rezeki Abang Mie untu...
Dah Kalah Kalah lah
-
HEhehehehe, Lolong bercuti lama dari menulis. Sebab tekanan perasaan
melihat senario politik negara yang semakin menggila kerana kegilaan
seseorang yang ma...
SHAH ALAM: Program Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama NGO pro-kerajaan ternyata mendapat sambutan hangat rakyat negeri ini apabila berjaya menghimpunkan lebih 15,000 orang di perkarangan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang tadi.
Walaupun hujan turun lebat semasa program berlangsung, namun khalyak tidak berganjak daripada kerusi dan terus tekun mendengar amanat pemimpin termasuk Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Nordin, Presiden PERKASA, Dato' Paduka Ibrahim Ali, Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan tetamu khas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rata-rata rakyat yang ditemubual menyatakan akan menolak Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan mandat yang telah diberikan mereka dalam pilihanraya lalu gagal digunakan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memperbaiki pentadbiran negeri ini.
Sebaliknya menurut mereka, pemimpin Pakatan hanya pandai menabur janji namun tidak mampu melaksanakan janji tersebut. Mereka juga menyatakan mual dengan sikap pemimpin pembangkang hanya tahu menyalahkan pihak lain dalam semua perkara.
Dalam program yang sama, Tun Mahathir turut menyelar Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwa tidak lagi berkelayakan untuk melaksanakan pentadbiran. Malah Tun turut beranggapan bahawa Nik Aziz seharusnya mengundur diri daripada arena politik kerana terlalu tua dan nyanyuk.
0 comments:
Post a Comment