Sunday, 14 April 2013

RAFIZI BENGANG HIMPUNAN ANAK MUDA BANGKIT KENA SABOTAJ!!?


Himpunan Anak Muda Bangkit yang dianjurkan oleh pakatan haram malam tadi gagal apabila hanya dihadiri 500 orang sahaja walaupun pihak penganjur yakin pada awalnya 10,000 orang akan hadir.

Walaupun menampilkan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi, Rafizi Ramli, Dr. Raja Iskandar, Anthony Loke yang merupakan penceramah-penceramah hebat pakatan haram pada malam itu, namun pihak penganjur masih gagal menarik perhatian anak muda untuk hadir ke program hambar itu.

Kegagalan ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat pakatan haram yang kononnya terlalu yakin mampu mempertahankan pemerintahan mereka di Selangor.

Pengisian program seperti biasa, hanya cacian dan makian terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

0 comments:

Post a Comment