Monday 29 April 2013

[realiti] anuar ibrahim selalu kata pkr terlalu kuat, 150 keluar pkr di padang jawa, shah alam.


Sebanyak 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Padang Jawa hari ini mengumumkan keluar parti setelah merasakan kebajikan mereka diabaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail semenjak beliau berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12.

R. Pachiappan, 64, yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, sebelum ini, dia merupakan penyokong kuat PKR dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Shah Alam serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sejak 2008.

Namun katanya, dia dan rakan-rakannya mengambil keputusan keluar daripada parti bagi menyertai MIC setelah mendapati kepimpinan PKR gagal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi masyarakat kaum India di kawasan DUN Batu Tiga.

''Banyak masalah kaum India di sini saya adukan kepada beliau (Rodziah) untuk diselesaikan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya sehingga kini.

''Saya juga menuntut beliau memenuhi janji semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi dia cakap kepada saya, 2008 punya cerita, jangan disebut-sebut lagi," katanya.

ps: lagi kata angkuh yang disebut pemimpin pr, lagi terbukalah pekung parti penipu itu, ayuh rakyat selangor kita undi bn

#sayangi selangor#
#yakini bn#

0 comments:

Post a Comment