SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label ABIM. Show all posts
Showing posts with label ABIM. Show all posts

Wednesday 2 January 2013

PANAS : JAWA BERTANYA "BTN KILANG PENDUKUNG PEMBANGKANG ATAU HANYA KETUA PENGARAHNYA? "



SELEPAS pengeluaran artikel bertajuk "BIRO TATANEGARA LADANG PENGKADERAN PENYOKONG TEGAR ANWAR", aku mendapat respon yang begitu hebat mungkin dari orang-orang BTN sendiri. Beberapa komen dari artikel tersebut juga jelas menunjukkan yang staff BTN begitu teruja dengan artikel aku yang meminta penjelasan dari pihak mereka.


Tak kisahlah aku ni blogger baru ke lama ke yang penting aku prihatin dengan telatah agensi kerajaan terutama yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Artikel aku cuma minta pencerahan berkenaan kerjasama akrab antara BTN dan ABIM dalam penganjuran beberapa program yang menelan belanja RM73,000 untuk lima program latihan di Sabah. Kenapa perlu diberikan peruntukan sebanyak itu kepada ABIM Sabah sahaja?

Dan bukanlah aku yang keluarkan pendedahan panas ini. Facebooker pro-BN (di SINI) yang mendedahkan dan aku cuma menyambung untuk mencari pencerahan berkenaan isu ini. Walaupun kes ini telah lama dan berdasarkan beberapa komen juga surat ini dikatakan di cop oleh Bahagian Mahasiswa, tetapi bukan itu persoalan yang aku nak lontarkan.

Cuma beri penjelasan dengan terang. Tak perlu nak serang aku macam nak melarikan diri dari terus menjawab isu yang aku anggap serius ni. Beri pencerahan sahaja. Itu je yang aku minta mewakili rakyat marhaen yang bekerja peringkat bawahan ni.


Tak ada niat nak menghentam agensi yang banyak berjasa ini tetapi cuma minta pencerahan berkenaan ini. Gambar yang baru diupload oleh facebooker Apa Sengeh-sengeh (klik SINI) juga menjadi bukti yang BTN dan ABIM ada 'kerjasama' yang sungguh baik.

Beri penjelasan... Itu je yang aku minta...

Laporan: jawabernam

Monday 31 December 2012

PANAS : SELEPAS ISU BTN "FAVOUR" KAMARUDIN JAFFAR, KINI TIMBUL ISU "FAVOUR" ABIM PULA



BERITA PECAH BLOG!!! Rupanya ada lagi perosak-perosak kerajaan yang masih senang dengan pangkat dan selesa menghuni kerusi empuk pemberian kerajaan namun masih melakukan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada kehancuran kerajaan. Siapa punya angkara?

Ronda-ronda di facebook sebentar tadi terlihat pula satu posting bergambar yang dikeluarkan oleh Apa Sengeh-sengeh (boleh lihat di SINI) yang menunjukkan gambar Ketua Pengarah BTN, Raja Arif dan salinan surat meminta sijil yang dikeluarkan oleh pihak ABIM. ABIM???

Setahu aku, ABIM ni pusat pengkaderan penyokong bontot Anwar sejak dulu lagi. Memandangkan yang Anwar pun pernah jadi kepala ABIM, jadi tidak mustahil ada lagi saki baki pengikutnya dan kemungkinan besar juga yang ABIM masih bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan dan menentang pentadbiran Najib Razak.

Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIMwalau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia.

Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenarBTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah. 

Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTNtidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini.

Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada.

Mohon pencerahan...

Laporan: jawabernam