Pemuda BN Kelana Jaya mendekati masyarakat dalam kawasan Bandar Mentari 2, sepanjang hari ini.
Berbagai program berbentuk kemasyarakatan telah atau bakal berlangsung hingga lewat malam nanti khusus untuk masyarakat di sana terutama anak muda.
Ahmad Affandi Hj Hamzah, Ketua Pemuda BN Kelana Jaya merangkap bendahari Pemuda BN Negeri Selangor akan menyampaikan berbagai hadiah di samping mendampingi mereka serta memberi dan menyemak borang BR1M 2.0.
Semakan dan permohonan bagi BR1M tersebut akan diteruskan sehingga 31hb Disember 2012.
Acara-acara yang dijalankan sepanjang hari ni termasuklah "treasure hunt", sukaneka dan berbagai lagi dengan kemuncak persembahan dari artis jemputan seperti Adam AF2 malam nanti.
Program kemasyarakatan serta mempromosi serta memberikan borang BR1M 2.0 adalah selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta Ketua Pemuda BN Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.
Lagi gambar menarik sepanjang program siang tadi:-