Sehingga jam 6 petang tadi, lima negeri sudah pun membubarkan dewan undangan negeri masing-masing.
Selain Negeri Sembilan yang sudah pun terbubar awal Perlis, Perak, Melaka dan Sabah telah mendapat perkenan istana negeri masing-masing untuk membubarkan dewan undangan mereka.
Menurut sumber yang diperolehi Selangor dan Kedah akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing esok.
Manakala negeri yang bakal menjadi tumpuan adalah Pulau Pinang kerana tidak memberi sebarang indikasi untuk membubarkan dewan undangan negerinya setakat ini.