SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label KUIS Bhd. Show all posts
Showing posts with label KUIS Bhd. Show all posts

Friday, 25 January 2013

[EKSKLUSIF] MDKL MEMBELAKANGKAN RONNIE LIU DAN AKUR DENGAN 'WARLORD'TEMPATAN?



Sahih! Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sedang melakukan 'perang dingin' dengan mana-mana pihak yang tidak melibatkan 'warlord' tertentu dalam kawasan Kuala Langat.

Terbaru, Koperasi Usahawan Inovasi Selangor Berhad (KUIS Bhd) yang bercadang mengadakan satu karnival dipanggil "Karnival Jom Sedar" bermula hari ini hingga Ahad (27hb) bertempat di AIM Point, Bandar Sg Emas Banting menjadi mangsa terbaru apabila mendapat 'tentangan' MDKL bilamana majlis itu enggan memberi kelulusan serta permit kepada mereka.

Menjadi kehairanan pihak pengurusan karnival ialah apabila KUIS mendapat sokongan dari exco berkaitan, YB Ronnie Liu namun pihak MDKL melalui Yang Dipertuanya (YDP), Mohd Azhar Mohamed Ali tetap enggan membenarkannya.

Shahrul Anuar Ridzuan, pengerusi KUIS bagaimana pun dilaporkan akan meneruskan programnya kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir RM250 ribu.

Apa yang menggusarkan Shahrul adalah banyak pihak bakal terlibat dalam karnival ini justeru ia bakal merugikan sama ada pihaknya sendiri mahupun pihak lain jika dibatalkan.

Ini bukanlah kali pertama MDKL enggan memberikan kelulusan kerana sebelum ini persatuan lain seperti Peladang dan MAYC kawasan turut dilaporkan tidak dilayan sebaiknya.

Tinjauan TMS juga mendapati program ini tidak melibatkan 'warlord' tertentu seperti ahli parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani dan seorang lagi exco kerajaan negeri, YB Dr Yunus Hairi.

Berita terbaru yang kami terima adalah satu demonstrasi turut akan dilakukan di tapak karnival untuk menghuru-harakan majlis dan ia bakal diketuai oleh seorang ahli majlis MDKL pada jam 2.30 petang nanti.

Menjadi satu yang lucu adalah kenapa ahli majlis sendiri mahu lakukan demonstrasi sedangkan mereka adalah pihak berkuasa yang memegang tampuk kuasa?

Adakah mereka rindu untuk menjadi 'pembangkang' yang sinonim dengan gerak kerja demonstrasi?