Kira-kira 1200 orang penerima wang ihsan banjir beserta keluarga dari sekitar daerah Kuantan telah diraikan dalam satu majlis yang amat ringkas serta meriah bertempat di dewan utama, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, jam 1230 tengahari tadi. Majlis ini telah dimaklumkan kepada PPH telah diadakan secara "Ad-Hoc" dalam rangka kerja lawatan YAB Perdana Menteri serta isteri ke negeri Pahang.
Beliau di dalam ucapannya telah menyatakan dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin teguh, kerajaan senantiasa akan mendahulukan kepada kebajikan rakyat hasil dari pendapatan negara yang semakin bertambah. Beliau juga dalam ucapannya bersyukur serta berterima kasih semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program dalam jangka masa yang singkat kerana beliau berasa betapa pentingnya seorang pemimpin untuk bersama-sama mengambil berat serta berkongsi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Turun hadir dalam majlis tersebut adalah YAB Menteri Besar Pahang.
Bersyukur!!Antara penerima wang ihsan yang ditemui. |
PPH nak mengucapkan setinggi syabas kepada YAB Perdana Menteri kita kerana sudi turun padang berkongsi masalah rakyat. Orang putih kabor, "He Walk The Talk.."!! Daripada ada beberapa pemimpin pembangkang tu dari PRU 12 sampai ke zaman nak dekat PRU 13..cakap je berbuih..satu habuk tarak..
PPH nak cabar la LIM GUAN ENG dengan Dato' Khalid Gagap, kalau korang cakap banyak pembaharuan dan kemajuan dah dijalankan di negeri jajahan masing-masing, sila la beri wang ihsan RM 500 seorang kepada mangsa bencana di negeri masing-masing...ADA BERANI?ADA DUIT? SUDAHLAH CAKAP TARAK GUNA TEMBAK TARAK KENA...PUII..!!
Laporan: panglimapatinhitam