SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label MARA. Show all posts
Showing posts with label MARA. Show all posts

Wednesday 17 October 2012

SEPETANG BERSAMA MARA & @IDRISJUSOH MENDENGAR "JIHAD PENDIDIKAN"



Kesempatan petang ini diisi dengan mendengar taklimat mengenai penubuhan Tabung Warisan MARA. Taklimat ini dipengerusikan oleh Pengarah MARA sendiri, Dato' Seri Idris Jusoh.

Taklimat secara santai ini turut meliputi beberapa aspek termasuk mekanisme pelaksanaan Tabung ini dalam memperkenalkan konsep Jihad Pendidikan.

Jihad Pendidikan merupakan langkah terbaru MARA untuk membuka ruang kepada sektor korporat dan awam dalam membantu golongan sasaran untuk melahirkan graduan berketrampilan dan modal insan kelas pertama.

Pada ketika ini difahamkan MARA mempunyai lebih dari 40 buah Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara dan institusi pendidikan tinggi di bawah subsidi MARA termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Malaysia-France Institute (MFI) dan beberapa institusi pendidikan tinggi yang lain.

Melalui pengalaman MARA dalam merencanakan pendidikan negara ternyata MARA telah mengenal pasti beberapa kumpulan pelajar sasaran yang perlu dibantu memandangkan kemampuan keluarga pelajar tersebut adalah terhad. 

Difahamkan kos yang perlu ditanggung MARA untuk menghantar seorang pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland mencecah sehingga RM1.5 Juta. Dan pada ketika ini, MARA menaja lebih 500 pelajar dalam pelbagai pengajian di seluruh dunia.
Mengambil kiraan ini, MARA terpaksa membelanjakan lebih RM500 Juta untuk menampung kos pengajian, penginapan dan pelbagai lagi kos sampingan pelajar Bumiputra yang menyambung ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka dunia.

Melihat keadaan ekonomi negara yang semakin stabil dan keperluan syarikat korporat juga orang awam yang kini gemar untuk menginfaq dan mewaqafkan harta mereka, maka MARA mengambil pendekatan untuk menjadi sebagai badan dalam menguruskan proses waqaf ini.

Selain berperanan dalam membantu pelajar Bumiputra dan Islam yang cemerlang dalam pendidikan melanjutkan pelajaran, Tabung ini turut ditubuhkan atas kesedaran bahawa keperluan sektor korporat untuk menjana ekonomi ummah melalui pembangunan pelbagai sektor yang dapat menjana pendapatan berpanjangan.

Waqaf secara asasnya ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripadanya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwaqafkan itu (sila rujuk di sini). Maka amatlah penting kita untuk sama-sama mewaqafkan harta di jalan Allah SWT bersandarkan kepada hadis Rasullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah;

"Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya."

 

Maka pengenalan Tabung Warisan MARA merupakan langkah tepat yang pihak MARA dalam membantu penjaan ekonomi ummah, dan secara tidak langsung membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

Tambahan pula, difahamkan juga pengurusan Tabung Warisan MARA ini dibarisi individu-individu yang terkenal dengan integriti yang tinggi disamping kecekapan urus tadbir terbaik.

 

Maka sudah tiba masanya golongan berkemampuan dan mempunyai lebihan dalam perbelanjaan kembali menyumbang dalam meringankan beban yang ditanggung golongan yang kurang bernasib baik ini, agar kekayaan yang sama-sama kita nikmati dapat dirasai bersama-sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tabung ini, anda boleh melawati;