SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Scorpene. Show all posts
Showing posts with label Scorpene. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

[LAPORAN KHAS] DI SEBALIK MISTERI ALTANTUYA, PERIMEKAR & KAPAL SELAM SCORPENE





1. Kenapakah perolehan Scorpene dijadikan isu?



• Pembangkang menimbulkan isu komisyen dalam perolehan Scorpene semata-mata untuk mengelirukan rakyat malah menjejaskan imej YAB Perdana Menteri.



• Usaha SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang cuba mengheret Dato’ Sri Mohd. Najib ke Mahkamah Perancis adalah suatu usaha `pementasan’ untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia di tempat antarabangsa bagi maksud PRU ke 13.



• Malahan Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Penyiasat Persendirian) pada 1 Julai 2008 yang cuba mengaitkan Altantuya dengan Dato Sri Najib mengenai tuntutan wang komisyen telah ditarik balik.


2. Kenapa kita memerlukan kapal selam?



• Sebahagian daripada transformasi dan permodenan angkatan tentera laut negara
bersesuaian dengan keperluan semasa.



• Kapal selam dianggap sangat strategik untuk melindungi kedaulatan negara daripada sebarang ancaman, di samping untuk mengimbangi sistem pertahanan laut negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia yang telah lebih awal memiliki kapal selam masing-masing.



• Untuk memperkukuh tahap kemampuan negara dari segi kawalan di perairan negara yang bersempadan dengan negaranegara Asean seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam.

• Untuk melindungi kepentingan ekonomi negara seperti kawalan keselamatan Industri Petroleam Negara, melindungi paip-paip gas, paip minyak dan talian komunikasi di dasar laut serta kapal-kapal dagang yang melalui perairan negara.


3. Siapakah yang membangkitkan `Scorpene’ sebagai isu di Malaysia?



• Pada Disember 2009 pembangkang menggunakan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) melantik seorang peguam Perancis Joseph Breham mengemukakan saman pemula di mahkamah Perancis ke atas syarikat pembuat Scorpene iaitu DCNS kerana mengesyaki kononnya wujud amalan rasuah dalam urusan perolehan
Scorpene.


4. Adakah wujud unsur-unsur tidak telus di dalam perolehan kapal selam Scorpene?



• Pembelian kapal selam Scorpene ini dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.



• Kerajaan tidak pernah menyembunyikan kotrak perolehan kapal selam Scorpene.
PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE.


5. Berapakah nilai keseluruhan perolehan kapal selam Scorpene dan kenapa SUARAM mendakwa wujudnya bayaran `komisyen’ kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd?


• Kontrek keseluruhan Scorpene bernilai EURO1.084 bilion, ditandatangani pada 5
Jun 2002 dengan jelas menyatakan:



1. EURO 969.15 juta atau RM4.85 bilion dibayar kepada syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua buah kapal selam Scorpene, pakej Intergrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam TLDM.



2. EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn.Bhd. secara berperingkat selama 6 tahun sebagai kos Perkhidmatan Koordinasi dan Sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Peranchis.



3. Dalam kontrak menjelaskan Perimekar Sdn. Bhd. bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan berikut:



(i) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun.



(ii) Menyediakan Pejabat Urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh selama 6 tahun.

(iii) Membayar elaun harian dan elaun krew EURO 50 sehari setiap seorang untuk tempoh 3 tahun pertama dan EURO 60 sehari untuk tempoh 3 tahun kedua.



(iv) Membiayai kos penerbangan pergi balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti setiap empat bulan sekali.



(v) Bertanggung jawab memastikan pernyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.



(vi) Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksanaan kontrak.



(vii) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.



(viii) Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain yang berkaitan perolehan ini.




4. Hakikatnya bayaran EURO 114.96 juta bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar Sdn.Bhd. Bayaran ini adalah telus, nyata dan wajar.