Monday 4 March 2013

[KHAS] LAHAD DATU : MISI 'OPS SULU' YANG MENGORBANKAN ENAM ANGGOTA ADALAH PENTING - #LAHADDATU


Ramai pihak masih mempertikaikan tindakan kerajaan menghantar anggota polis berbanding tentera sewaktu 'ops sulu' di perkampungan air Simunul, Semporna yang mengorbankan enam anggotanya.

Sumber dalaman kami telah memaklumkan bahawa pasukan khas dari cawangan khas ramai dihantar ke garisan yang disyaki terdapatnya penceroboh kerana unit risikan diperlukan bagi mendapatkan maklumat kedudukan para penceroboh dan yang paling utama adalah bagi mengesan ketua mereka.

Terdapat ramai penduduk di perkampungan Seri Jaya itu dan ramai darinya adalah berketurunan Bajau Laut yang menjadi nelayan dan jarang berada di daratan.

Justeru, unit risikan adalah unit yang paling tepat dihantar bagi menjalankan risikan dalam garisan yang disyaki terdapatnya musuh.

Selain mengesan kedudukan serta mengecam pengganas, unit yang tumpas akibat serangan hendap musuh juga mahu mengesan siapakah ketua yang membawa pengganas ini jauh masuk ke bahagian Semporna berbanding Lahad Datu, tempat asal di mana penceroboh dikatakan mendarat.

Setelah 'ops sulu' diserang hendap, unit tempur, cari dan menyelamat (CSAR) akhirnya digerakkan dan sehingga kini memburu saki baki pengganas yang dikatakan punyai kekuatan sepuluh anggota dengan beberapa senjata api.

Dari sumber yang kami perolehi, saki baki pengganas ini telah melarikan diri ke kawasan Kunak.

Apa yang dikhuatiri kini adalah musuh-musuh yang telah lama berada dalam persekitaran masyarakat di perkampungan tersebut.

Namun, dengan tertangkapnya enam anggota penceroboh atau pengganas ini, pihak keselamatan menjangkakan dapat menyelesaikan krisis terburuk negara semenjak 'konfrontasi ganyang Malaysia' yang digerakkan oleh tentera Indonesia sekitar tahun 1962-1966.

Rakyat Malaysia digesa bersatu hati dalam ancaman yang boleh menggugat kedaulatan negara kita, Malaysia.

Sesungguhnya kita amat yakin dengan pentadbiran negara dalam menangani ancaman ini dan kepada Allah swt kita rakyat Malaysia berserah.


0 comments:

Post a Comment